Sebuah bongkah ais atau iceberg terbesar di dunia dilapor berpusing dan video kejadian itu menjadi tular di media sosial.
Menurut BBC, bongkah ais bernama A23a seberat hampir 1 trilion tan itu dilapor mula berpusing pada awal tahun ini, sambil berada pada kedudukan yang sama di utara Semenanjung Antartika.
Kemudian, bongkah ais sebesar lebih dua kali ganda Greater London itu dijangka memasuki arus kuat tidak lama lagi yang akan menolaknya ke Lautan Selatan.
Memetik BBC, bongkah ais gergasi tersebut dipercayai pecah dari Antartika pada tahun 1986.
Objek itu seterusnya terperangkap di bahagian cetek Laut Weddell selama tiga dekad.
Hanya dalam beberapa tahun lepas, bongkah air tersebut mula menunjukkan tanda-tanda akan bergerak meninggalkan kawasan tersebut.
Manakala dalam beberapa minggu ini pula, A23a dikesan hanyut secara perlahan-lahan ke arah utara.
Ketika ini, bongkah ais itu sedang bergerak secara perlahan-lahan diantara Pulau Gajah dengan Kepulauan Orkney Selatan.
The #A23a megaberg is in its spinning era
These dance moves down #IcebergAlley are part of the iceberg’s long, melty journey into warmer waters.
Don’t be deceived by your screen size – this is the biggest iceberg in the world, around the size of Cornwall or Rhode Island! pic.twitter.com/XF5UWg4NBz
— British Antarctic Survey (@BAS_News) February 14, 2024
Bongkah ais tersebut tidak dapat dilihat menerusi imej satelit, namun kedudukan A23a ‘tersembunyi’ sedikit di belakang Rabung South Scotia.
Sekali imbas, bongkah itu kelihatan seperti penerusan kepada semenanjung berkenaan.
Sebaik sahaja bongkah ais berkenaan melepasi rabung tersebut, ia akan memasuki Arus Circumpolar Antartika, salah satu pergerakan air yang paling kuat di dunia.
Arus kuat yang dibantu pergerakan angin kencang dijangka akan menolak A23a ke kawasan timur laut.
Bongkah air berkenaan dijangka bergerak melalui laluan biasa bongkah-bongkah ais yang digelar lembah bongkah ais.
Hari ini, saiz A23a masih berkeluasan kira-kira 3,800km persegi, namun proses hakisan dan pencairan dijangka akan menjadi pantas seiring pergerakkan menuju ke lautan yang lebih ganas dan panas.
Bongkah ais tersebut memegang takhta bongkah ais terbesar di dunia buat masa ini. Namun gelaran berkenaan tidak akan bertahan lama kerana sifat bongkah ais yang akan terpecah.
Takhta berkenaan sebelum ini dipegang oleh A76 yang terpisah daripada ice shelf (platform besar ais yang terapung) di Laut Weddel pada 2021.
Bagaimanapun, A76 kemudian berpecah kepada tiga bahagian.
BACA: Dapat mimpi jiran amalkan ilmu hitam, lelaki nekad tetak jiran dengan parang