12 pelajar tahfiz ditahan, pukul lelaki kurang siuman sampai mati

12 pelajar tahfiz ditahan, pukul lelaki kurang siuman sampai mati. Seorang lelaki kurang siuman maut dipercayai dipukul oleh sekumpulan pelajar tahfiz di sebuah masjid di Pulau Melaka, di sini pada Ahad.

Ekoran kejadian tersebut, seramai 15 pelajar tahfiz ditahan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, tiga darinya telah dihantar pulang.

Seorang tenaga pengajar yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.

“Semasa kejadian saya tiada, namun dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Pada masa sama, lelaki itu telah bertindak memukul seorang tukang masak wanita berusia 60-an yang kebetulan melalui kawasan kejadian,” katanya.

Menurut dia, pengawal keselamatan kemudian cuba menangkap lelaki tersebut yang ketika itu sedang mengamuk dan melawan.

Ujarnya, pelajar tahfiz turut sama membantu menangkap lelaki tidak siuman itu.

Dia memberitahu, selepas berjaya diberkas, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada warden untuk diserahkan kepada pihak polis.

“Semasa mereka hendak serahkan kepada pihak berkenaan lelaki tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

BACA JUGA:

Sukan Asia Hangzhou 2022 yang tertunda bakal berlangsung tahun ini

Budak lelaki 12 tahun terjatuh dari tingkat 11, patah tangan kiri

MANGSA BANJIR JOHOR: Berlaku peningkatan dari 774 kepada 2,757 orang