19 kes pecah rumah berjaya diselesaikan

19 kes pecah rumah berjaya diselesaikan. Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 19 kes pecah rumah yang berlaku di sekitar daerah ini dengan penangkapan seorang penganggur pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 40 tahun berjaya ditahan hasil risikan pasukan polis selepas menerima rakaman video daripada seorang saksi.

“Dengan penahanan suspek, kita berjaya merampas beberapa barang seperti barang kemas, telefon bimbit dan jam tangan yang disyaki dicuri dari rumah mangsa,” katanya kepada media di sini pada Rabu.

Menurut Hanyan, siasatan awal mendapati suspek aktif melakukan kegiatan pecah rumah pada waktu malam ketika penghuni sedang leka, tidur atau apabila rumah tidak berkunci.

Beliau berkata, suspek dipercayai pernah melakukan jenayah tersebut di daerah lain sebelum mula aktif dengan kegiatan sama di sekitar Kampung Gong Limau dan Kampung Gong Pauh sejak Julai lalu.

“Suspek yang merupakan bekas banduan dipercayai melakukan 19 kes pecah rumah dengan nilai kerugian dianggarkan mencecah RM120,000.

“Suspek mempunyai rekod jenayah lampau kini direman sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah,” katanya.

BACA JUGA :

8 Portfolio Menteri Negeri diubah dalam Rombakan Kabinet Sabah

Mechamato Movie FULL HOUSE!! Dah jadi saingan sengit Filem Avatar pulak

Yasin Terkilan Jabatan Peguam Negara tolak Representasi pertama, berkait kes dadah

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] 19 kes pecah rumah berjaya diselesaikan […]

  • […] 19 kes pecah rumah berjaya diselesaikan […]