2 lelaki dan 3 wanita ditahan, disyaki dera dan bunuh adik kepada rakan mereka

2 lelaki dan 3 wanita ditahan, disyaki dera dan bunuh adik kepada rakan mereka. Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan maut dipercayai didera lima rakan kakaknya dalam kejadian di Senggarang, Batu Pahat, Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata polis menerima maklumat daripada satu laporan polis oleh seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang mengatakan mangsa pengsan di rumah dan dibawa ke klinik untuk rawatan, pada 6.45 petang hari berkenaan.

Katanya, bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menahan lima warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

“Mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia 15 hingga 37 tahun itu ditahan antara 12 tengah hari hingga 9.45 malam Sabtu.

“Mangsa telah dijaga oleh kakak kandungnya setelah ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara akibat kesalahan dadah. Kemudian dia diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga,” katanya menurut Sinar Harian.

Kamarul Zaman berkata, polis turut merampas barang disyaki digunakan mendera mangsa, di sebuah rumah di Senggarang.

Menurutnya, mangsa yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru sejak Jumaat, bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 6.40 petang semalam.

“Pada awalnya kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya.

“Namun polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujar beliau.

Kamarul Zaman memberitahu, semua suspek direman seminggu bermula Ahad sehingga 31 Dis.

BACA JUGA:

PBM bergolak lagi, Zuraida berdepan nasib pengkhianatan ciptaan diri sendiri

Jawatankuasa saringan perlu berperanan, GLC perlu struktur jelas dari peringkat atas

Ratatouille animasi membawa baik, tapi tidak di dunia realiti sebuah premis di Pandan

COMMENTS

Wordpress (0)