3 Mitos yang selalu ibu bapa percaya berkenaan bayi

3 Mitos yang selalu ibu bapa percaya berkenaan bayi. Sebagai pasangan yang baru bergelar ibu bapa, pasti banyak perkara perlu dipelajari dan mungkin juga sedikit keliru dengan mitos yang sering disebut-sebut oleh orang tua.

Antaranya seperti jangan kejutkan bayi yang sedang tidur. Sebenarnya itu tidak betul dan bayi berusia beberapa minggu perlu dikejut untuk minum susu.

Perkara ini diulas lebih lanjut oleh Dr Redza Zainol di laman Twitternya untuk mengelakkan ibu bapa keliru. Berikut merupakan 3 mitos tentang bayi mak ayah selalu percaya.

1. Jangan kejutkan bayi yang tengah tidur

Bayi yang berusia beberapa minggu, perlu minum susu dengan kerap. Kalau bayi anda terus tidur melebihi 3 jam, perlu kita kejutkan supaya mereka menyusu. Bila bayi dah berumur beberapa bulan, barulah kita boleh biarkan mereka tidur lebih lama.

2. Jenis permainan yang kita beli mempengaruhi kepandaian anak

Tak ada alat permainan yang buat anak jadi bijak. Sebenarnya interaksi ibu ayah dengan anak semasa bermain alat permainan yang boleh membuatkan anak jadi bijak.

3. Kerap mengangkat bayi yang sedang menangis akan buatkan anak jadi perangai buruk

Selalu sangat kita dengar orang kata, “jangan asyik angkat anak tu, nanti dia terbiasa.” Yang sebenarnya, bila kita angkat dan tenangkan bayi yang sedang menangis, kita sedang melatih otak bayi untuk berubah dari menangis kepada tenang.

Lagi banyak kita tenangkan bayi, lagi banyak otak akan dilatih untuk jadi tenang. Bayi akan membesar menjadi manusia yang lebih tenang. Inilah skil kehidupan yang kita boleh ajarkan pada anak kita sejak dari bayi lagi.

Jadi, jangan kongsi perkara mitos yang tidak mendatangkan kebaikan ya.

BACA JUGA:

Buah-buahan bertaburan memenuhi laluan, lebuh raya menjadi sesak 7km

Tunggu masa yang sesuai untuk membolosi perairan Malaysia

“Tak sangka rupanya saya kenal dia”, Ayu Puteh luah rasa kesal dan terkilan

COMMENTS

Wordpress (0)