Gema Ramadan belum lagi berkumandang, tetapi sudah banyak hotel, restoran, kafe, dan premis lain yang mula mempromosikan hidangan berbuka puasa.
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) adalah salah satu yang akan menyajikan pelbagai jenis hidangan, mengetengahkan makanan dan masakan tradisi Malaysia dengan tema ‘Selera Warisan Kampung’.
Lebih 300 hidangan istimewa dan lazat disediakan bagi tetamu yang ingin menikmati makanan dalam suasana kampung ketika berbuka.
Antara hidangan istimewa termasuk ‘Nasi Kandar Saddam,’ yang terkenal dengan Ayam Goreng Bawang dan Daging Masak Hitam, disajikan bersama telur rebus dan pilihan sayur-sayuran.
Pengurus Komunikasi Pemasaran WTCKL, Hadi Wahab, menegaskan bahawa dengan hidangan ini, orang ramai tidak perlu beratur lama untuk mendapatkan makanan seperti biasa.
Turut dihidangkan ialah lima menu istimewa lain termasuk Ikan Patin Goreng Berlada, Udang Rendang Daun Selasih, dan Daging Masak Hitam Dengan Cili Benggala.
Hidangan yang popular termasuk Bubur Lambuk Istimewa, Aneka Sup Berempah, Aneka Kerabu, Kambing Panggang Bersama Sos Lada Hitam, dan banyak lagi.
Promosi pembelian awal dijual pada harga RM108 seorang, manakala harga asal bufet Ramadan ‘Selera Warisan Kampung’ adalah RM128 seorang untuk dewasa dan RM73 seorang untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun serta warga emas berumur 60 tahun ke atas.
Pengunjung boleh membeli baucar pembelian awal sekarang. Bufet Ramadan ‘Selera Warisan Kampung’ akan berlangsung dari 13 Mac hingga 8 April di ruang makan eksklusif WTCKL di Aras 2, Legar Putra, beroperasi setiap hari dari 6 petang hingga 10 malam.
WTCKL turut menyediakan kemudahan ruang solat khusus di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah dan kemudahan wuduk di lokasi, serta Imam untuk mengetuai solat Maghrib, Isyak, dan Tarawih.
Bagi mereka yang merancang berbuka puasa dalam kumpulan besar, WTCKL menawarkan pakej ‘Get Together’ Selera Warisan Kampung dengan harga dari RM138 seorang, termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, tempat letak kereta VIP, pentas, sistem siar raya, skrin LED, dan surau khusus, dengan tempahan sekurang-kurangnya 250 orang.
Baca Juga : Tak boleh dedah wajah anak, Noh Salleh mohon maaf