39 MP Umno tarik diri, Muhyiddin kini cuma ada 74 MP

39 MP Umno tarik diri, Muhyiddin kini cuma ada 74 MP

Hubungan tegang dalam Perikatan Nasional (PN) memasuki episod baru apabila Umno malam ini mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan itu.

Sebaliknya parti itu memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat biro politik majlis tertinggi parti itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

“Umno akan mencadangkan kepada jawatankuasa pemandu Muafakat Nasional agar Muafakat Nasional didaftar dengan segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah.

“Umno akan terus berjuang demi kepentingan rakyat untuk memastikan pandemik Covid-19 dapat ditangani oleh kerajaan dan pihak yang berkaitan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/546443

COMMENTS