Baru-baru ini, terdapat satu trend yang menjadi kebiasaan di kalangan rakyat Malaysia, iaitu memilih Thailand sebagai destinasi melancong berbanding negara sendiri.
Keputusan ini dikatakan disebabkan persekitaran yang lebih seronok dan jimat, berbanding dengan melancong di Malaysia.
Fenomena ini semakin ketara apabila seorang pengguna TikTok dengan akaun @insuransthailandnz berkongsi pengalamannya.
Menurut perkongsian tersebut, diketahui bahawa para pelancong terpaksa beratur sehingga 4 jam untuk melepasi pintu sempadan di Wang Kelian untuk masuk ke Thailand.
Walaupun jarak beratur hanya sekitar 400 meter, namun para pelancong perlu beratur panjang kerana ruang parkir terhad, memaksa mereka di barisan hadapan untuk melengkapkan dokumen terlebih dahulu.
Laporan pada 20 Disember yang lalu menyatakan bahawa lebih daripada 80,000 pengunjung dari Malaysia telah memasuki Thailand dalam tempoh seminggu yang lalu.
Dengan mengambil kira kesesakan di pintu sempadan, adalah tidak mustahil jumlah masuk ke Thailand akan terus meningkat.
Baca Juga : Ingat nak berbakti dengan negara sendiri sekali terkejut dengan sikap geng ‘gomen’ kerja