40 tahun tak pernah jumpa ibu kandung, pertemuan tragis buat ramai sebak. Saban hari kita sering mendengar berita bayi malang yang ditinggalkan sendirian oleh ibu bapa mereka di masjid, perhentian bas, kawasan perumahan dan sebagainya.
Bayangkan, seusia kecil itu apa yang mereka tahu selain mendapat perhatian dan belaian kas1h sayang dari insan yang bergelar ibu dan ayah.
Begitulah kisah tular yang dipetik dari laporan BBC Indonesia yang memaparkan cerita sayu seorang lelaki bernama Andre Kuik dibuang oleh ibu bapanya sejak berusia 4 hari.
Ayah paksa ibu tinggalkan zur1atnya.Dia turut menghilang ketika ibunya hamil anak ke-4.
Menurut BBC, kisah ini bermula sejak Andre berusia empat hari selepas dilahirkan, ayahnya digelar Theo Kohler meninggalkan bay1nya di rumah sakit.
Pada usia tersebut, andre dibela oleh warga Belanda dari rumah kebajikan Pangkuan si Cilik dari Jakarta. Andre kemudian berpindah ke Belanda bersama ibu angkatnya dan menetap di sana selama 40 tahun.
Setelah meningkat dewasa dan mengetahui status dirinya hanyalah seorang anak angkat, Andre kemudian bertanya tentang ibu bapa kandungnya.
Selepas itu dia mula mencari ibu-bapanya walaupun mengambil masa yang agak lama.
Kesihatan wanita itu juga terjejas kerana terlalu merindukan zuriat.
Rupanya, ibunya juga sudah lama mencarinya. Malah, kesihatan wanita itu juga terjejas kerana terlalu merindukan Andre.
BACA:
Laku khianat : Awal Ashaari buka cerita sebenar yang berlaku
Harga barang melambung, Farahdhiya tangguh dulu hasrat buka restoran
Rupanya KWSP benarkan 17 pengeluaran ini, tak perlu tunggu pencen