[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Tags” ]6 tahun buaya ini tersekat tayar di leher, ini kesudahan yang berlaku. Usaha pihak berkuasa dan penduduk setempat untuk mengeluarkan tayar motosikal yang tersangkut pada seekor buaya di Palu, Sulawesi Tengah akhirnya berjaya, lapor Newsweek pada 8 Februari 2022. 6 tahun, Buaya, tersekat, buaya tersekat, tayar, tayar motor, motor,kesudahan, berlaku, motosikal, seekor buaya, seekor haiwan, haiwan, haiwan terancam, palu, palu sulawesi, buaya darat, buaya terbesar di dunia, buaya terbesar, buaya bujang senang, buaya tembaga, haiwan liar, haiwan berkeliaran, haiwan herbivor, haiwan peliharaan.[/bg_collapse]
6 tahun buaya ini tersekat tayar di leher, ini kesudahan yang berlaku. Usaha pihak berkuasa dan penduduk setempat untuk mengeluarkan tayar motosikal yang tersangkut pada seekor buaya di Palu, Sulawesi Tengah akhirnya berjaya, lapor Newsweek pada 8 Februari 2022.
Kumpulan kebajikan haiwan di Indonesia telah cuba memancing buaya itu dari sungai Palu di pulau Sulawesi sejak 2016, supaya mereka boleh mengeluarkan tayar tersebut. Namun, segala usaha sehingga kini tidak berjaya.
Pada 7 Februari lalu, seorang lelaki dikenali sebagai Tili, berasal dari Sragen, Jawa Tengah, telah berjaya mengeluarkan tayar tersebut yang diketahui sudah tersekat pada badan haiwan itu yang dikenali dengan jolokan ‘buaya berkalung tayar’ atau B3 sejak 2016.
Ketika ditemui media, Tili menceritakan dia terlebih dahulu menangkap anak buaya berkenaan sebelum mengumpannya dengan 35 ekor ayam dalam tempoh tiga minggu.
“Saya juga gunakan sejumlah burung merpati sebagai umpan untuk menangkap buaya itu, selain tali sepanjang 300 meter.
“Alhamdulillah, usaha saya berhasil dan tayar itu berjaya dikeluarkan dari buaya berkenaan dan selepas itu kami bebaskannya semula ke dalam sungai,” katanya.
Dengan bantuan penduduk kampung yang lain, Tili berjaya mengeluarkan buaya itu dari dalam air dan mengeluarkan tayar dari leher haiwan itu. Aksi Tili disaksikan oleh orang ramai yang berkumpul di Jambatan Palu, Tatura Selatan.
Tili memberitahu AFP bahawa dia ‘hanya mahu membantu,’ kerana dia tidak suka melihat haiwan menderita.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk pasukan dari luar negara cuba mengeluarkan tayar itu dari haiwan tersebut namun menemukan kegagalan. Antaranya termasuk hos rancangan National Geographic, Matt Wright dan pengacara Extinct or Alive on Animal Planet, Forrest Galante.
Bukan perkara luar biasa bagi haiwan laut terperangkap dalam sampah yang dibuang di alam sekitar. Akibatnya boleh membawa maut, menyebabkan tercekik atau lemas. Dianggarkan lebih satu juta haiwan mati setiap tahun akibat sampah.
Hasmuni Hasmar, ketua Agensi Pemuliharaan Sumber Negara memberitahu AFP bahawa ia adalah ‘hari bersejarah’.
“Kami bersyukur buaya itu akhirnya berjaya diselamatkan dan kami menghargai penduduk setempat yang menunjukkan keprihatinan terhadap hidupan liar,” katanya.
BACA JUGA :
Maria Farida rupanya individu disebalik topeng pepatung
Peniaga dakwa pelanggan mula lari, ini puncanya…
Pemilik pusat perlindungan haiwan terbiar sedekah pahala buat arwah ayah