“7 tahun saya rahsiakan masuk islam..”

Tutur katanya lembut dan tidak henti henti mengukir senyuman, namun sebenarnya terdapat 1,001 pengalaman tidak dapat diungkap sepanjang menjadi mualaf.

Berkongsi pengalaman sebagai mualaf sejak berusia 18 tahun, Nur Ain Sumaiyah@ Sumitra Valaitham, berkata sehingga kini dia tidak percaya berjaya mengharungi pelbagai ‘jalan cerita’ yang disusun oleh Allah.

Katanya, bergelar mualaf bukannya sesuatu perkara yang mudah terutama ketika awal pengislaman keluarganya yang menjadi tempat berlindung sukar menerima keputusannya.

Nur Ain, 32, berkata, dia terpaksa menyembunyikan pengislamannya daripada keluarga selama tujuh tahun kerana tiada kekuatan meluahkan mengenai perkara itu dan sayang akan keluarga.

Nur Ain (kanan) memberi penerangan mengenai ayat Al Quran kepada pelawat asing ketika program ‘masjid tour’ , baru-baru ini.

“Tujuh tahun saya kumpul kekuatan untuk beritahu keluarga, semua perkara saya lakukan secara sembunyi, solat, puasa dan menutup aurat.

“Namun, disebabkan tidak tahan lagi terpaksa menutup aurat dan solat secara sembunyi, akhirnya pada 2017 saya nekad beritahu keluarga.

“Saya tetap duduk di rumah itu walaupun agak tegang keadaan, namun saya tahu Allah ada dan akan bantu saya.

“Saya juga hanya menggeleng untuk memilih sama ada keluar rumah atau keluar Islam. Sepanjang ketegangan itu, hanya al-Fatihah dibaca di dalam hati, supaya Allah dapat lembutkan hati ibu bapa saya,” katanya yang juga penerima Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah Kategori Pendakwah, baru-baru ini.

Baca : Imej terbaru Nelydia Senrose bercuti kejutkan peminat