7 tips Imbangi Hidup Bagi yang Buat Kerja Sambilan

7 tips Imbangi Hidup Bagi yang Buat Kerja Sambilan. Sering kita dengar orang berkata, “hidup zaman sekarang tidak cukup jika melakukan satu pekerjaan”.

Ia berikutan kos hidup yang sangat tinggi dan juga pada masa sama memenuhi tuntutan kemahuan yang tiada berpenghujung.

Oleh itu, mahu atau tidak, kita perlu mencari satu atau lebih pekerjaan sambilan untuk menambah pendapatan dan menjalani hidup lebih selesa.

Berikut tujuh tip untuk mengimbangi hidup sekiranya melakukan pekerjaan sambilan.

*1. Fleksibiliti maksimum*

Jika anda mempunyai pekerjaan sambilan pertama dan sedang memburu pekerjaan sambilan kedua. Cuba cari yang menawarkan fleksibiliti sebanyak mungkin. Ini akan memberi anda lebih peluang untuk membuat jadual mingguan dan mengurangkan tekanan bekerja.

*2. Pilih pekerjaan yang anda sukai*

Sebolehnya, pilih pekerjaan sambilan yang anda sukai atau minati walaupun agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang terlalu sempurna dalam semua aspek. Sebagai contoh, anda suka melukis pada masa lapang, pertimbangkan untuk bekerja sambilan sebagai guru lukisan.

*3. Luangkan masa untuk penjagaan diri*

Penjagaan diri sangat penting terutamanya apabila anda melakukan dua pekerjaan berbeza. Apabila melakukan pekerjaan sambilan lebih daripada satu, ia bermakna anda bekerja dalam tempoh yang sangat lama setiap hari selama seminggu. Oleh itu, pastikan anda meluangkan masa untuk diri sendiri seperti melakukan yoga, senaman atau ke spa bagi memanjakan diri dan membuatkan anda lebih cergas serta bahagia.

*4. Amalkan pengurusan masa yang baik*

Pengurusan masa yang baik adalah penting apabila melakukan dua pekerjaan. Anda perlu menyesuaikan dua jadual kerja yang berbeza dan boleh menjadi tertekan jika tidak menguruskan masa dengan betul. Walaupun sibuk bekerja, anda juga perlu mempunyai masa untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.

*5. Simpan matlamat dalam minda*

Adakalanya melakukan dua pekerjaan memberi cabaran yang cukup besar. Oleh itu, adalah penting untuk sentiasa ingat matlamat utama anda melakukan pekerjaan itu. Sebagai contoh, mahu menambah pendapatan untuk membeli rumah impian atau pergi ke destinasi percutian idaman.

*6. Ambil rehat antara syif*

Jika anda menjalankan dua pekerjaan berturut-turut selama beberapa hari. Cuba cari waktu rehat sebelum syif sekurang-kurangnya sejam untuk cari tempat duduk yang tenang, makan dan lelapkan mata seketika. Cara ini boleh mengurangkan stres dan memberikan badan rehat sebelum memulakan tugas seterusnya.

*7. Tetapkan sempadan*

Membuat dua kerja berbeza boleh membebankan mental dan demi menyiapkan tugasan akhir memerlukan anda membawa pulang kerja itu ke rumah.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengekalkan sempadan iaitu meninggalkan pekerjaan tersebut apabila pulang ke rumah. Ia membolehkan anda berehat dengan sepenuhnya tanpa sebarang gangguan kerja.

BACA JUGA :

4 cara hafal al-Quran yang boleh diamalkan oleh guru dan murid

Jenis-jenis ‘Sabar’ yang perlu diketahui

Susu bantu baiki otot selepas bersenam!!

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] 7 tips Imbangi Hidup Bagi yang Buat Kerja Sambilan […]

  • […] 7 tips Imbangi Hidup Bagi yang Buat Kerja Sambilan […]

  • appeary 9 hours

    performed the statistical analyses and drafted and coordinated the revision of the paper buy cialis professional Some effects of an ACTH 4 9 analog Org 2766 on human performance