Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Alamin Abu Bakar atau mesra disapa ‘Mat Nigeria’ fasih bertutur dalam dialek negeri Kelantan hingga mencuri perhatian ramai.
Menerusi beberapa muat naik video oleh pemilik akaun TikTok @goleng120, menunjukkan hari-hari Mat sebelum pulang ke kampung halamannya di Nigeria atas urusan kerja ayahnya.
Mat yang berusia 14 tahun itu tidak dapat menahan kesedihan apabila terpaksa meninggalkan kawan-kawannya selepas lebih setahun menetap di negara ini.
Ketika berada di lapangan terbang, Mat turut ditemani oleh rakan-rakannya yang turut bersamanya sebelum terbang pulang ke Nigeria.
Dalam klip berkenaan, dia dilihat tidak dapat menahan sebak dengan mengesatkan air matanya pada baju yang dipakai, sejurus dipeluk oleh sahabat-sahabatnya.\
“Air mata bukti cinta Mat pada pada kawan-kawan dan bumi Malaysia dan Kelantan. Semoga jumpa lagi,” tulis pemilik video.
Sementara itu, Mat yang fasih berbahasa Kelantan juga mengejutkan orang ramai kerana pandai ‘kecek’ dalam dialek negeri itu, tidak tumpah seperti penduduk asal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang bersedih melihat kanak-kanak itu yang menzahirkan rasa cintanya terhadap rakan-rakan serta negeri itu setelah tinggal di tanah air ini.
Bahkan ada juga yang turut menasihatinya untuk sentiasa berusaha mengekalkan ikatan kasih sayang yang dibina antara mereka meskipun tinggal berjauhan.
Berikut antara komen netizen;
“Sedih kita tengok Mat! Moga Mat mari pulak Kelantan satu masa nanti,” komen seorang pengguna.
“Apa ni Mat. Tak hero la nangis tapi acik yang menangis. Semoga kalian berjumpa lagi lepas ni. Jangan putuskan kasih sayang ni ya anak-anak,” komen seorang pengguna lagi.
“Keep in touch dengan kawan-kawan Mat. Makcik sedih tengok awak dan kawan berpisah macam ini. Ada rezeki Mat mari pula ya,” nasihat seorang lagi pengguna.
“Orang lain berpisah, masih ada harapan berjumpa lagi. Tetapi perpisahan mereka terpisah oleh benua, entah jumpa lagi atau tidak. Moga Allah pelihara persahabatan mereka,”luah seorang lagi.
@goleng120 #matnigeria ♬ bunyi asal – goleng12
Difahamkan, dia telah menetap di negeri berkenaan lebih dua tahun bersama keluarga.
Untuk makluman, video ini mendapat leboh 1.1 juta tontonan dengan lebih 54,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen.
Sumber: TikTok @goleng120
BACA JUGA: Ada sebab semut suka bersarang dalam soket, brother pest control tunjuk cara nak matikannya