Pelakon, Abby Abadi mencuri perhatian apabila memuat naik video bersenam bersama anaknya, Mohamed Danish Hakim menerusi Instagram (IG).
Menerusi hantaran tersebut, Abby memaklumkan bahawa dia kini sedang mendapatkan bantuan anak lelakinya itu bagi mencapai target yang diinginkannya.
Menurut pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini, dia mahu menurunkan berat badan demi menjaga kesihatannya selain mahu kelihatan cantik.
Jaga diri tau sahabat, kita ada target.
Nak kurangkan berat badan untuk jaga kesihatan. Nak sihat, cantik, nak sekecil burung kedidi.
Kena bersenam, kena jaga makan, kena buang toksin dalam badan.
Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Gerak Khas itu lagi, dia juga dalam usaha untuk mengurangkan 10 kilogram lagi berat badannya bagi mencapai sasaran sebelum ini.
Sehubungan dengan itu, Abby menyeru sesiapa sahaja yang tinggal berdekatan dengannya untuk menyertainya melakukan aktiviti zumba.
Yang berdekatan Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Taman Melawati, Ampang dan sewaktu dengannya, jom zumba jom.
Tak jumpa kawan nak ajak berzumba lagi ni, nak buang 10 kilogram lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat perubahan pada berat badan Abby sambil menyamakan ibu kepada tiga orang anak ini persis seperti anak dara.
Baca: Membawang di group Whatsapp rupanya boleh diheret ke mahkamah