Abdul Hadi Awang anggap cina bukan orang asing dalam hidupnya

Abdul Hadi Awang anggap cina bukan orang asing dalam hidupnya.

“Kaum Cina bukanlah asing dalam kehidupan saya,” kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, datuknya memiliki ramai anak angkat daripada kaum Cina, sama ada yang memeluk agama Islam ataupun tidak.

“Mereka menjadi sebahagian daripada keluarga saya.

“Ketika berlaku Perang Dunia Kedua, terdapat pelarian Cina yang datang ke Pantai Timur.

“Datuk saya pernah menyelamatkan seorang pelarian Cina bukan Islam dan disembunyikan di kebunnya, ketika itu beliau merupakan seorang penghulu kampung,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Jelas Abdul Hadi, salah seorang menantunya juga daripada kaum Cina, menunjukkan hubungan keluarga beliau dengan masyarakat kaum itu bukan perkara baru.

“Selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur bersama pimpinan Perikatan Nasional dan Gerakan pagi tadi, saya terus pulang ke Kampung Rusila bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama anak menantu sekeluarga.

“Jadikanlah perayaan ini sebagai salah satu cara untuk kita mengeratkan lagi silaturahim serta perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan kaum di Malaysia,” katanya.

BACA JUGA:

Disyaki lemas, wanita tenggelam dan gagal dikesan

Aduan pokok bahaya beberapa kali dibuat, pihak berwajib hanya mencantas dahan

Kehilangan ibu, asbab pintu taubat hadir dalam diri Mak Nyah

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Abdul Hadi Awang anggap cina bukan orang asing dalam hidupnya […]