Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tau PMX mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan menambah cuti Hari Raya Aidilfitri daripada cuti Hari Raya yang sedia ada.
Cuti Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada 10 dan 11 April sempena Hari Raya pertama dan kedua yang jatuh pada hari Rabu dan Khamis.
Sebelum ini ada sesetengah pihak berharap kerajaan memberikan satu lagi cuti tambahan kepada rakyat pada Jumaat, 12 April. Sebab selepas itu adalah hari Sabtu dan Ahad yang merupakan hari rehat hujung minggu.
Wartawan bertanya kepada Datuk Seri Anwar, sama ada beliau ada mempertimbangkan untuk menambah cuti Raya pada tahun ini. Dengan pantas Anwar menjawab tiada, dan menambah, alasannya adalah rakyat perlu ada semangat untuk kerja pada 12 April tersebut.
Lalu beliau berkata:
‘’Pada 12 April, kita kena ada semangat kerja.”
PMX berkata sedemikian selepas Majlis Iftar Madani yang berlangsung di Putrajaya – seperti yang dilaporkan Astro Awani setelah diminta untuk mengulas tentang cuti raya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu memberikan cuti tambahan sehari kepada rakyat Malaysia. Cuti tersebut diberikan sehari sebelum Raya untuk membolehkan rakyat membuat persiapan Hari Raya.
“Diharap dengan pelbagai ikhtiar dan program khas yang dilaksanakan, semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dapat memberi seribu makna buat seluruh rakyat Malaysia,” kata beliau pada ketika itu.
Baca juga: Misteri shopping mall di Malaysia, siang sunyi malam padat!