Teguran IMAN YUSUF AL QARDHAWI kepada sesetengah parti islam.
“Sehinggakan sesetengah parti dalam sebahagian negara Islam mendakwa bahawa mereka sahaja benar kerana parti mereka adalah parti yang pertama ditubuhkan.Parti -parti lain yang ditubuhkan selepas itu wajiblah dibubarkan dan tidak berhak untuk kekal.Ini disebabkan penerimaan orang ramai terhadapnya sama seperti memberikan bai’ah kepadanya.Dalam hadis Rasulullah s.a.w telah bersabda
اذ بويع الخليفتين فاقتلوا الاخ منهما
Maksudnya:jika dibai’ah(dilantik) dua orang khalifah maka bunuhlah yang terakhir daripada keduanya.
Fatwa-fatwa yang jahil dan berani ini datang daripada manusia yang tidak matang dari sudut ilmu syariatnya.Fatwa seperti inilah yang membawa umat kepada akibat yang buruk dan menjatuhkannya ke dalam kebinasaan yang dahsyat.Sesetengah ulama pada zaman dahulu ketika melihat fatwa yang dikeluarkan oleh beberapa orang yang mendakwa berilmu telah berkata ” sesetengah orang yang memberi fatwa kepada manusia pada hari ini lebih berhak dipenjara daripada pencuri! Ini disebabkan pencuri hanya merosakkan dunia manusia,sedangkan mereka merosakkan agama manusia.”
Jadi,bagaimanakah yang akan mereka kata kalau mereka melihat apa yang kita baca dan dengar daripada fatwa-fatwa yang sumbang pada zaman ini?
ولا حولا ولا قوة إلا بالله
Tiada upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah.(rujukan Fiqh Daulah)
Sumber :