PERNAHKAH anda alami situasi di mana bateri jam dinding cepat habis walau baru diganti tidak sampai dua bulan?
Andaikan ada tiga jam dinding di rumah, jenuh juga jika perlu kerap mengganti bateri.
Pasti timbul juga rasa pelik mengapa bateri jam di dinding cepat habis sedangkan alatan lain yang menggunakan bateri sama tahan lebih lama.
Rata-rata dalam kalangan kita pasti beranggapan bateri yang digunakan berkemungkinan kurang berkualiti, murah ataupun ‘masuk angin’.
ARTIKEL BERKAITAN: Seronok dapat bina rumah atas tanah sendiri… Tapi jangan gelojoh, ambil tahu 12 ‘pantang larang’ sebelum menyesal
Atau ada juga yang membuat teori sendiri, menganggap jam dinding memerlukan lebih banyak kuasa bateri untuk berfungsi.
Tapi tahukah anda, sebenarnya situasi ini mempunyai kaitan dengan jenis bateri yang digunakan.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang individu bernama Zulkifli Ahmad dalam satu hantaran di Facebook.
“Puas fikir kenapalah jam dinding kat rumah selalu rosak. Rupanya selama ni, main letak je bateri AA. Malam ni baru tahu,” tulisnya.
Menurut Zulkifli, terdapat tiga jenis bateri yang ada di pasaran iaitu bateri alkeline, ‘super extra heavy duty’ dan ‘heavy duty’.
Jelasnya, ketiga-tiga bateri ini mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza mengikut jenis peralatan yang digunakan.
Jadi, untuk mengetahui jenis bateri yang sesuai untuk jam dinding, ikuti huraian jawapannya:
1.Bateri alkeline
Sesuai untuk kamera dan ‘remote’. Bateri jenis ini mahal, dan paling kuat. Kalau letak pada jam, memang jam akan cepat rosak.
2.Super extra heavy duty
Sesuai untuk barang elektrik seperti radio, mainan dan lampu. Sama seperti bateri alkaline, jika guna untuk jam, memang akan cepat rosak.
3.Heavy duty
Bateri inilah yang paling sesuai untuk jam dinding
Jadi selepas ini, perhatikan terlebih dahulu jenis bateri supaya tidak mengulangi kesilapan dan akhirnya hanya menggalakkan berlakunya pembaziran.
Semoga bermanfaat!
Baca : “Ada yang datang nak suruh saya bayar bil elektrik rumah dia” – Peniaga nasi lemak