Adakah benar manusia zaman nabi bersaiz besar? Ini penjelasannya…

Adakah benar manusia zaman nabi bersaiz besar? Ini penjelasannya...

Adakah benar manusia zaman nabi bersaiz besar? Ini penjelasannya…Pernahkah anda melihat di media sosial tentang replika ciptaan baju Nabi Adam? Sekiranya pernah, pasti anda perasan yang saiz baju tersebut amalah besar berkali ganda daripada saiz manusia masa kini.

Adakah perkara ini benar? Benarkah manusia dahulu bersaiz seperti gergasi?

Perkara ini diulas oleh Mohamad Nasir dalam hantarannya di Facebook. Jom kita ikuti pandangan beliau berdasarkan ayat Al-Quran.

Kewujudan Manusia Gergasi.

Mengikut Quran, sememangnya wujud manusia yang bertubuh besar. Malah disebut dengan jelas tubuh badan mereka ini adalah hadiah atau pun pemberian khas dari Allah buat mereka.

“Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya”, (Al-A’raaf 7:69).

Adakah benar manusia zaman nabi bersaiz besar? Ini penjelasannya...

Lihat.

Allah menyatakan dengan jelas tubuh badan sesudah kaum Nabi Nuh yang dibanjiri itu. Bentuk tubuh badan mereka berbeza dari kaum-kaum yang lain.

Maksudnya.

Setelah habis mati manusia-manusia kafir pada era peristiwa banjir besar Nabi Nuh, anak-anak keturunan yang terlahir dari manusia-manusia yang terselamat dari banjir besar, membentuk beberapa umat.

Pastinya mengambil masa ratusan tahun setelah itu untuk membentuk koloni baru. Atau kaum-kaum yang baru. Yakni, manusia yang telah beranak pinak.

Salah satunya di antaranya adalah umat Nabi Hud A.S yang diberi panggilan sebagai Kaum ‘Aad.

Dan mereka diangkat sebagai kaum yang menerajui kaum-kaum yang lain, yakni pada era zaman itu.

Mereka kaum terpilih. Mereka kaum pemimpin. Mereka dianugerahi tubuh yang besar dan juga tinggi.

Cuma persoalannya. Besar mana? Tinggi mana?

Mengikut gambaran di ayat yang lain, mereka berkemampuan membina bangunan-bangunan yang besar lagi tinggi.

Yang tidak pernah dibina di mana-mana!

Firman Allah, maksudnya:

“Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka). Iaitu penduduk “Iram” yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya). Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri?”, (Al-Fajr Ayat 6-8).

Dan di ayat yang lain.

Ini adalah pertanyaan langsung Nabi Hud kepada mereka yakni kaumnya.

Maksudnya:

“Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik?”

“Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?”, (Asy-Syu’araa’ 26:128-129).

Umat ini selain dari diberi kelebihan pada bentuk tubuh badan yang besar, mereka juga berkemampuan membina bangunan atau istana yang tinggi-tinggi serta besar.

Dan.

Jika anda menyangka tamadun mereka hanya sekadar hebat pada bangunan, ternyata anda silap.

Mereka sangat angkuh dan sombong.

Mengikut kata-kata yang terucap dari mulut Nabi Hud A.S lagi, mereka adalah satu kaum atau tamadun yang direstui dengan tanam-tanaman yang indah. Dilimpahi binatang ternak yang banyak. Serta subur dengan anak pinak. Tidak dibebani dengan air. Sumber asas yang paling utama.

“Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang membiak) serta anak-pinak. Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir)”, (Asy-Syu’araa’ 26:133-134).

Lihat gambaran itu, betapa indahnya kehidupan mereka. Serba-serbi cukup.

Tetapi sayang.

Mereka sangat angkuh dan sombong.

Dan bukan sahaja angkuh tetapi tergolong juga sebagai umat manusia yang zalim lagi kejam.

Suka menindas atau menyeksa suku kaum lain yang mungkin kecil atau tidak bertubuh sasa seperti mereka.

Pertanyaan Nabi Hud, Maksudnya;

“Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?”, (Asy-Syu’araa’ 26:130).

Bangsa yang tak bersyukur lagi jahat dan kejam!

Dan mereka bukannya orang-orang yang bodoh. Kerana Allah sendiri memberi tahu, menyatakan bahawasanya mereka adalah golongan manusia yang bijak serta pandai.

Firman Allah Maksudnya;

“Dan (ingatkanlah peristiwa kebinasaan) ‘Aad (kaum nabi Hud) dan Thamud (kaum Nabi Soleh); dan telahpun ternyata kepada kamu sebahagian dari bekas-bekas tempat kediaman mereka; dan (kebinasaan mereka yang demikian ialah disebabkan) syaitan memperelokkan pada pandangan mereka: amal-amal mereka (yang jahat itu), lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah; padahal mereka orang-orang yang bijak pandai dan berakal (yang dapat membezakan yang benar dan yang salah)”, (Al-‘Ankabuut 29:38).

Bijak dan pandai akan tetapi sombong dan angkuh.

Kelebihan yang Allah beri, menjadi sia-sia.

Firman Allah Maksudnya:

“Adapun kaum ‘Aad, mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?”, (Fussilat 41:15).

Sungguh mereka sememangnya kuat dan hebat. Dari gambaran ayat-ayat Al-Quran, sangat jelas pada kita akan keistimewaan mereka.

Namun itu tidak menjanjikan keimanan. Akhirnya mati dibinasakan akibat kekufuran.

Sayang, kan?

Jadi.

Di manakah lokasi penempatan Kaum Aad ini?

Kata Allah di Lembah Al-Ahqaaf. Dipercayai di sebelah utara Hadramaut, antara Yaman dan Oman.

Firman Allah Maksudnya:

“Dan ingatlah peristiwa (Nabi Hud) saudara kaum ‘Aad, ketika ia memberi amaran kepada kaumnya yang tinggal di lembah “Al-Ahqaaf”, (Al-Ahqaaf 46:21).

Bagaimana mereka dibinasakan?

Allah menggunakan angin. Bertujuan untuk memalukan mereka. Kerana mereka beranggapan mereka besar dan kuat.

Angin sudah cukup menumbangkan makhluk sombong yang berlagak kuat.

Firman Allah Maksudnya:

“Dan juga pada (kisah) kaum ‘Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar), – ketika kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan; Angin itu tidak meninggalkan sesuatu pun yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya (hancur) seperti debu”, (Adz-Dzaariyaat 51:41-42).

Berapa lama azab kemusnahan menimpa ke atas mereka?

Lapan hari dan tujuh malam. Atau dengan kata lain, azab mereka bermula pada waktu siang dan berakhir juga pada waktu siang.

Firman Allah maksudnya:

“Adapun ‘Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang”, (Al-Haaqqah 69:6-7).

Genealogi Kaum Aad.

Nama kaum ‘Aad diambil dari nama salah seorang leluhur mereka yang bernama ‘Aad. Salasilah lengkapnya adalah ‘Aad bin Aus bin Aram bin Syam bin Nuh.

Dan sisa-sisa dari keturunan Kaum ‘Aad inilah juga dipercayai lahirnya kaum Thamud dan Madyan nanti.

Di dalam kitab Shahih Ibnu Hibban, Rasulullah SAW menyatakan adanya empat orang nabi dari bangsa Arab iaitu Nabi Hud, Nabi Saleh, Nabi Syuaib dan diriku (Nabi Muhammad SAW).

Thamud (kaum Nabi Saleh A.S) dan Madyan (kaum Nabi Syuaib A.S) setelah kemusnahan kaum ‘Aad, telah mewarisi kemahiran dalam membina bangunan melalui pahatan-pahatan batu di gunung mahupun di batu yang besar.

Besar mana Manusia kaum Nabi ‘Aad?

Yang sebenarnya, tiada siapa yang tahu ukuran sebenar manusia-manusia yang hidup di zaman itu.

Ya, besar dan tinggi seperti yang Allah nyatakan di dalam Al-Quran. Cumanya, berapa tinggi yang tepat, tidak diketahui. Hanya Allah dan Nabi-Nya sahaja yang tahu akan hal yang sebenar.

Akan tetapi.

Ada dijumpakan lukisan-lukisan di batu atau juga disebut, Hieroglif.

Hieroglif

Mereka menggambarkan keberadaan dan perbezaan diantara manusia biasa dan manusia yang agak tinggi dan berbeza.

Mungkinkah yang digambarkan besar itu umat kaum ‘Aad?

Mungkinkah manusia kaum Nabi Hud sebesar ini?

Jika sebesar ini agak munasabah. Tidaklah seperti yang digambarkan sesetengah orang, umat kaum ‘Aad itu setinggi awan.

Besar sangat tu.

Atau lebih besar lagi?

Soalan Bonus.

Kita berbicara tentang Kaum ‘Aad. Kita berkata tentang sikap dan keburukan mereka. Kita berkata tentang keistimewaan mereka. Bertubuh besar. Membina bangunan yang besar. Berkekuatan juga besar.

Dan kita juga tahu wujudnya kaum-kaum lain di waktu itu. Yang menjadi mangsa buli pada kaum ‘Aad.

Kaum-kaum yang tidak seistimewa kaum ‘Aad. Tidak sebesar kaum ‘Aad. Tidak sehebat ciptaan mereka seperti kaum ‘Aad.

Anda rasa apa kesan Kaum ‘Aad ini ke atas mereka?

Sedangkan haiwan yang sedikit luar biasa diangkat orang kuno dahulu sebagai Tuhan ataupun Dewa.

Bagaimana jika yang luar biasa itu pula manusia.

Terangkatkah manusia ‘Aad ni sebagai Dewa?

Adakah dewa-dewa yang digambarkan besar tubuh badan mereka oleh beberapa kaum terdahulu, terinspirasi dari kisah nenek moyang mereka yang pernah hidup bersama kaum ‘Aad dahulu?

BACA LAGI : 

Minyak paket makcik pisang goreng tidak boleh guna? Ini jawapan PM Ismail Sabri

Isteri berang disoal kenapa tak masak, pukul suami sampai mati

Tak puas hati sistem penggiliran Haji seabad lamanya jadi punca ramai cari visa furada

COMMENTS

Wordpress (0)