Bekas timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan keputusan bekas partinya untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) sebagai perkara yang luar biasa.
Bagi bekas menteri besar Kedah itu, amalan yang biasa diamalkan adalah Perdana Menteri menjadi pengerusi kepada gabungan politik yang terbesar.
“Hari ini diberitahu pula Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili BERSATU sebagai presiden bersetuju menyertai MN. Jadi ini satu perkara yang luar biasa kerana biasanya Perdana Menteri itu, pengerusi kepada gabungan yang terbesar.
“Tetapi saya tak tahu adakah MN akan setuju mengangkat beliau sebagai Pengerusi MN kerana BERSATU adalah adik bongsu dalam MN jika diterima masuk,” katanya ketika ditemui selepas berkempen bersama calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Amir Khusyari Mohamad Tanusi, di pekan Slim River di sini, hari ini.
Pagi tadi, Muhyiddin dalam amanatnya kepada ahli BERSATU sempena persidangan ARMADA, Srikandi dan bahagian seluruh negara mengumumkan Majlis Tertinggi parti itu setuju untuk menyertai MN.
Muhyiddin berkata, penyertaan dalam gabungan terbabit adalah pilihan terbaik untuk parti itu kerana berada dalam satu jemaah besar atau ‘the grand coalition’ yang menghimpunkan parti-parti utama di negara ini.
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, beliau tidak pasti apakah impak yang berlaku kepada politik negara terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika BERSATU diterima menyertai MN.
“Selama ini kita diberitahu bahawa Perdana Menteri ingin menubuhkan Perikatan Nasional malah setiap kali disebut di parlimen, semua Ahli Parlimen mewakili kerajaan menggelarkan diri mereka sebagai kerajaan Perikatan Nasional.
“Pada masa sama kita tahu Perikatan Nasional itu tidak berdaftar dan terbaru kita dengar UMNO tidak sudi sertai Perikatan Nasional manakala, PAS, saya tak pasti (apa pendirian mereka),”
Berita penuh: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/08/721569/agak-luar-biasa-jika-bersatu-sertai-muafakat-nasional