Hubungan yang rapat antara Muhammad Zul Iskandar, 21, dan kakaknya, Siti Zulaiha, 23, menjadi sorotan apabila wanita itu dinikahkan.
Muhammad tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dan menangis melihat kakaknya di atas pelamin. Dalam keterangan kepada , Muhammad berkongsi kisah di sebalik video yang dirakam keluarganya semasa majlis pernikahan pada 5 Januari lalu.
Muhammad, mesra disapa Is, menjelaskan perasaannya ketika melihat kakaknya berada di atas pelamin untuk dinikahkan.
“Waktu itu sesi nak nikahkan kakak saya. Bila saya tengok kakak kahwin tu memang terus rasa sebak gila. Tambah pula saya nampak kakak pun menangis atas pelamin.
“Saya sembunyi dekat belakang bapa saudara masa menangis. Dia tolong tenangkan dengan tepuk belakang saya.
“Tujuan saya sembunyi tu sebab tak nak bagi kakak nampak yang saya tengah menangis sebab dia sedang dinikahkan,” ujarnya.
Muhammad tidak pernah berenggang dengan kakaknya, Zulaiha, sejak kecil, dan jarak umur mereka hanya dua tahun.
Selain daripada fakta bahawa kakaknya sudah menjadi milik orang lain, Muhammad juga prihatin tentang kehidupan Zulaiha selepas perkahwinan dan mendoakannya yang terbaik untuk rumah tangganya.
“Selepas ibu bapa kami berpisah, mak saya kahwin lain. Tapi saya memang rapat dan selesa dengan kakak kandung saja. Yang lagi tiga orang tu adik tiri kami.
“Jadi banyaklah memori kami membesar sama-sama yang saya tak boleh lupakan. Saya sebak bila fikirkan lepas ni dia hidup dengan orang lain.
“Selama ni kami berdua je kalau buat apa-apa tapi tiba-tiba tinggal saya seorang diri pula lepas ni. Situasi tu yang susah nak terima, tapi saya reda dengan ketentuan Allah,” jelasnya.
Muhammad yang bekerja sebagai mekanik di Kuantan, Pahang, turut menyatakan bahawa dia telah menangis sewaktu kakaknya bertunang.
Video rakaman yang dimuat naik ke TikTok olehnya telah menjadi viral dan meraih lebih 200,000 tontonan dengan pelbagai reaksi netizen.
“Pasal saya menangis tu kakak cuma tahu selepas orang lain ceritakan semula dekat dia. Masa hari kejadian dia cuma menangis selepas selamat dinikahkan saja.
“Selepas kakak dah kahwin ni, saya kena kuat sikitlah sebab ada banyak tanggungjawab terhadap adik-adik dan ibu bapa saya,” ujarnya lagi.
Muhammad menitipkan pesanan kepada kakaknya dan suaminya yang baru memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri.
“Saya kongsikan video tu dekat TikTok hanya untuk dijadikan sebagai kenangan momen kakak berkahwin. Saya tak sangka pula boleh viral.
“Saya harap suami dia boleh menjaga kakak dengan baik. Saya doakan hubungan mereka berkekalan sehingga akhir hayat dan bahagia sentiasa,” katanya.
Baca Juga : Alasan Kenapa Burung Merpati Suka Hidup Dekat Bandar. Ini Alasannya Yang Menarik Untuk Kita…