Aduan pokok bahaya beberapa kali dibuat, pihak berwajib hanya mencantas dahan

Aduan pokok bahaya beberapa kali dibuat, pihak berwajib hanya mencantas dahan.

Penduduk taman perumahan di Kampung Balok Baru mendakwa telah beberapa kali membuat aduan tentang pokok besar yang tumbang sehingga menyebabkan kematian seorang remaja perempuan, di sini kelmarin.

Seorang penduduk, Zainal Abidin Sulaiman, 57, berkata, pokok itu dianggarkan berusia 30 tahun dan mempunyai ketinggian kira-kira 30 meter dibimba­ngi mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat.

“Daripada apa yang saya tahu, dalam tempoh 10 tahun, penduduk di sekitar ini sudah beberapa kali membuat permohonan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menebang pokok berkenaan.

“Tetapi pihak berwajib hanya melakukan kerja-kerja mencantas dahan dan seingat saya, kali terakhir ia dibuat sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Kelmarin, seorang remaja pe­rempuan maut selepas dihempap sebatang pokok sebesar tiga pemeluk setinggi bangunan tiga tingkat ketika bermain di Taman Permainan Balok Baru, Beserah di sini.

Difahamkan, dalam kejadian itu, mangsa Aliya Zahra Mohamad Hasnizam,14, berkorban nyawa menyelamatkan adiknya apabila menarik adiknya berusia sembilan tahun dari lokasi kejadian sebelum pokok itu me­nimpa dirinya.

Kejadian antara pukul 5 petang hingga 6 petang itu berlaku ketika mangsa, Aliya Zahra Mohamad Hasnizam,14, yang mengikut bapanya berniaga burger mengambil kesempatan bermain dengan adiknya di taman permainan di kawasan berhampiran.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi kanak-kanak mengalami patah tangan dan beberapa buah kenderaan rosak ditimpa pokok.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Zainal Abidin mendakwa mendengar bunyi kuat seperti benda terhempas di luar rumah pada kira-kira pukul 6 petang.

“Bila keluar sahaja, saya melihat pokok besar itu sudah tumbang, kereta yang diparkir berhampiran semua rosak.

“Beberapa orang penduduk mengalihkan kenderaan mereka ke tempat selamat dan saya melihat ada budak yang dihempap pokok besar itu,”ujarnya.

BACA JUGA:

7 tips Imbangi Hidup Bagi yang Buat Kerja Sambilan

4 cara hafal al-Quran yang boleh diamalkan oleh guru dan murid

Jenis-jenis ‘Sabar’ yang perlu diketahui

COMMENTS

Wordpress (0)