Afdlin Shauki benarkan anak perempuan lakon babak merokok, ini sebabnya

Afdlin Shauki benarkan anak perempuan lakon babak merokok, ini sebabnya. Mengikut jejak langkah bapa, Datuk Afdlin Shauki, Mia Sara berkata dia sering kali meminta pandangan dan pendapat bapanya lebih-lebih lagi apabila melibatkan babak sensitif yang perlu dilakonkan.

Menerusi drama bersiri terbaharu lakonannya, Histeria The Series misalnya, ia menuntut Mia untuk melakonkan watak gadis remaja merokok.

“Sebenarnya saya menganggap papa bukan sahaja sebagai penyokong tetapi juga pengkritik utama saya dalam dunia lakonan.

“Sebab itu bila adegan merokok, saya tanya kepada dia dahulu dan respons yang diberikan adalah positif kerana itu adalah satu bentuk pengajaran kepada penonton terutamanya kepada golongan ibu bapa.

“Bagi papa, lakonan saya itu adalah untuk memberi peringatan juga kepada ibu bapa supaya lebih peka terhadap anak-anak,”

Afdlin Shauki benarkan anak perempuan lakon babak merokok, ini sebabnya

Histeria The Series merupakan kesinambungan kepada filem Histeria yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2008.

Ia mengisahkan tentang pelajar wanita di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku 10 tahun lalu di sekolah mereka.

Histeria The Series telah mula ditayangkan bermula semalam (6 Jun) setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di saluran Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand.

Bercakap mengenai pengalamannya berlakon dalam drama tersebut, Mia berkata dia cukup berbangga dapat bekerja dengan ramai pelakon berkaliber.

“Saya teruja dapat berlakon bersama-sama nama besar seperti Nam Ron, Liyana Jasmay, Farah Ahmad dan Ziana Zain.

“Sebenarnya James Lee dah minta saya datang uji bakat buat kali pertama tetapi saya tidak hadirkan diri kerana rasa tidak cukup layak untuk memegang watak penting dalam dramanya.

“Tetapi lima bulan selepas itu dia minta lagi saya hadir dan ketika itu, papa pun ada memberi saya keyakinan supaya tidak mensia-siakan peluang untuk bekerja dengan pengarah terkenal,” katanya.

James sebelum ini pernah mengarahkan filem seperti Tolong! Awek Aku Pontianak dan The Beautiful Washing Machine.

BACA:

Malaysia jadi bahan ‘kutukan’ penunggang motosikal luar negara, gagal baiki jalan

Guru bersara diminta pulangkan gaji selama 2 tahun, rupanya ini yang jadi

‘Asal JDT main tak main semua dia nak angkut’, TMJ hentam Kim Pan Gon