Affin Bank tawar pembiayaan baru, bantu orang ramai kurangkan bebanan bil eletrik

Affin Bank tawar pembiayaan baru, bantu orang ramai kurangkan bebanan bil eletrik. Affin Bank Bhd dan Affin Islamic Bank Bhd melancarkan AFFIN Solar Financing-i, pelan pembiayaan peribadi dan mampan untuk pelanggan runcit membeli dan memasang Sistem Fotovoltaik Solar (SPV) di hartanah kediaman dan bukan kediaman.

Sistem SPV ialah panel solar yang menerima tenaga cahaya matahari sebelum ditukarkan kepada tenaga elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank, Nazlee Khalifah, berkata skim itu menawarkan cara mudah dan senang untuk pemilik rumah dan bangunan menurunkan bil elektrik bulanan serta mengurangkan kesan karbon dan mendapatkan pulangan yang cepat ke atas pelaburan mereka.

“Kami adalah satu-satunya bank yang menawarkan kemudahan pembiayaan ini kepada pelanggan baharu dan sedia ada.

“Kami percaya adanya kesedaran dan minat yang tinggi untuk tenaga boleh diperbaharui, dan dengan AFFIN Solar Financing-i, matlamat kami adalah untuk mendorong supaya tenaga solar lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media di majlis pelancaran AFFIN Solar Financing-i di sini, hari ini.
Affin Bank tawar pembiayaan baru, bantu orang ramai kurangkan bebanan bil eletrik

Pada majlis itu, Nazlee bertukar Memorandum Persefahaman dengan lapan syarikat panel solar, disaksikan oleh Pengerusi Interim Affin Islamic Bank, Musa Abdul Malek.

Antara syarikat panel solar itu ialah Dynamic EnergyTech Sdn Bhd, Gading Kencana Sdn Bhd dan Verdant Solar Sdn Bhd.

Nazlee berkata, AFFIN Solar Financing-i menyediakan tempoh pembiayaan yang fleksibel sehingga 10 tahun antara RM20,000 hingga RM150,000, dengan pelbagai pilihan mod pembayaran.

Selain itu, beliau berkata AFFIN Solar Financing-i adalah salah satu langkah yang diambil oleh bank untuk meningkatkan pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui di negara ini selaras dengan aspirasi tenaga boleh diperbaharui kerajaan dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Boleh Diperbaharui (RETR) 2035.

“Matlamatnya adalah untuk menyediakan cara yang diperlukan oleh rakyat Malaysia dalam usaha ke arah pembangunan mampan.

“Kami percaya produk ini akan membantu dalam mengembangkan ekonomi hijau dan masyarakat hijau di Malaysia,” katanya sambil menambah bank itu dianugerahkan Anugerah Pembiayaan Tenaga Lestari oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli di Anugerah Tenaga Kebangsaan 2020.

BACA:

Lelaki ini dedahkan perbezaan isi minyak Petronas dan Shell, mana lebih baik

Harga minyak masak semakin menggila, kini cecah rm43 untuk 5kg

Ini minuman paling terbaik didunia boleh diamal untuk kesihatan