Pelakon popular Afifah Nasir terkejut apabila dia tiba tiba panda masak sebaik sahaja menjadi isteri orang.
Afifah juga seronok menjadi suri rumah tangga selepas sebulan dia mendirikan rumah tangga bersama dengan suami tercinta, Syed Hariz.
Sejak berkahwin, Afifah Nasir lebih suka duduk di rumah berbanding keluar bersosial seperti zaman bujangnya.
Dipetik daripada laman Xtra, Afifah menegaskan: “Dia dah lama tak shooting macam malas. Dia macam seronok jadi housewife best sangat best. Saya suka duduk rumah. Saya rasa macam healing tau duduk rumah tu. Yalah, sebab sebelum kahwin duduk luar shooting.”
Seterusnya, bercerita tentang bakat memasak, Afifah menegaskan bahawa ianya seolah olah datang secara semulajadi. Dia tak pernah tahu sebenarnya dia seorang yang pandai memasak.
Jadi Afifah Nasir memberikan kata kata semangat kepada wanita lain di luar sana yang masih belum berkahwin dan risau mereka tidak pandai memasak. Dia menjelaskan itu bukan alasan untuk takut menjadi isteri orang, kerana pasti boleh memasak selepas berkahwin.
Afifah menambah: “Saya suka memasak. Dia macam memasak tu datang lepas kahwin tau. Dulu saya fikir saya macam tak reti memasak tau tapi bila dah masak saya macam ‘oh boleh je aku masak’.
@inayahbeautytrading Lepas kahwin ni nampak makin berseri#fyp #afifahnasir #berryfull #gattox #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #TikTokShop ♬ Cidro Vs Kluthuk – Waru Leaf
“Sebenarnya lepas kahwin dia macam datang sendiri. So, siapa yang tak reti masak sebelum kahwin tu, tunggu lepas kahwin. Mesti boleh punya.”
Baca : Leona nak ubah kembarnya dari pemalu jadi influencer dalam masa 2 bulan