Ahli keluarga suspek serang balai polis Ulu Tiram didakwa terbabit dengan IS

Sebentar tadi kami melaporkan lima ahli keluarga yang membuat serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua orang anggota dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru bagi menghadapi beberapa pertuduhan termasuk Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, mereka berlima didakwa atas sembilan pertuduhan berasingan, termasuk menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Tertuduh merupakan bapa kepada lelaki berkenaan, Radin Imran Radin Mohd Yassin yang berusia 62 tahun dan ibunya, Rosna Jantan yang berusia 59 tahun yang juga merupakan warga Singapura.

Ahli keluarga suspek serang balai polis Ulu Tiram didakwa terbabit dengan IS

Bukan tu jer, tiga adik beradik lelaki itu, Radin Romyullah Radin Imran yang berusia 34, Farhah Sobrina Radin Imran berusia 23 tahun dan Mariah Radin Imran berusia 19 tahun juga didakwa sekali.

Bapa lelaki itu berhadapan empat pertuduhan termasuk Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Kredit: Harian Metro

Baca : Masjid caj RM1,000 kepada keluarga waris nak buat solat jenazah