AIK! Beberapa Bulan Diceraikan, Bekas Isteri Virgoun, Inara Rusli Muat Naik Gambar ‘Panas’ Di Instagram Undang Reaksi Terkejut Netizen

BEKAS isteri Virgoun, Inara Rusli yang kini kembali ke dunia seni dilihat semakin berani memuat naik foto-foto ‘berani’.

Perkongsian terbaharu Inara menerusi Instagram memperlihatkan dirinya duduk di sebuah tab mandi.

Turut terlihat, bahagian kakinya akibat skirt yang dipakai wanita itu sedikit terdedah.

Rata-rata pengikut laman sosial menegur aksi itu yang dianggap kurang sesuai dilakukan seorang wanita muslimah.

“Posing ini sangat tidak sesuai dan sepertinya sedang memancing perhatian. Aurat pun terlihat sedikit demi sedikit,” ujar netizen.

Seperti yang diketahui, Inara ketika berkahwin dengan Virgoun cukup menjaga auratnya sehingga mengenakan purdah setiap kali tampil di hadapan umum.