[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Tags” ]Air Kelapa : Antara 5 kebaikan dan mitos untuk ibu hamil. Hari ini kita akan berbincang dengan fakta sebenar tentang air kelapa bagi ibu hamil, supaya kita beramal tu dengan perkara yang benar.Air, air kelapa, kelapa, kebaikan air kelapa, kebaikan air kelapa untuk ibu mengandung, ibu mengandung, ibu hamil, khasiat air kelapa, kebaikan air kelapa, khasiat air kelapa muda, air kelapa muda, air kelapa near me, air kelapa untuk ibu hamil, air kelapa untuk kucing, air kelapa untuk kucing selsema, doa ibu mengandung, makanan untuk ibu mengandung, surah untuk ibu mengandung, vitamin untuk ibu mengandung, bacaan gula normal untuk ibu mengandung, mimpi mengandung, tanda tanda mengandung, simptom mengandung, tanda awal mengandung, posisi tidur ibu hamil, susu untuk ibu hamil, ibu mengandung boleh makan Panadol, ibu mengandung demam, ibu mengandung sakit perut, ibu mengandung boleh makan ubat batuk[/bg_collapse]
Air Kelapa : Antara 5 kebaikan dan mitos untuk ibu hamil. Hari ini kita akan berbincang dengan fakta sebenar tentang air kelapa bagi ibu hamil, supaya kita beramal tu dengan perkara yang benar.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ramai atlet telah beralih kepada air kelapa sebagai alternatif untuk minuman olahraga yang manis, yang biasa mereka minum. Menarik, kan?
Ini sangat bagus kerana kita sebenarnya mempunyai banyak sumber alam yang baik di sekeliling, untuk membantu memulihkan badan berbanding menambahkan lagi beban dengan bahan yang diproses dan ditambah bahan kimia yang lain.
Bolehkah Ibu Hamil Minum Air Kelapa?
Secara asasnya memang tiada masalah bagi ibu hamil untuk minum air kelapa, malah ia membawa banyak manfaat. Kecuali bagi kes ibu-ibu hamil yang memang sejak awal mempunyai sejarah alahan kepada apa apa bahan berasal daripada buah kelapa.
Ya, memang ada orang yang alahan kepada produk kelapa seperti santan dan sebagainya. Jadi dengan sejarah alahan ni, agak bahaya air kelapa ni jika Mama baru nak cuba ambil ketika hamil.
Nutrisi Dalam Air Kelapa
Air kelapa mempunyai banyak manfaat sama seperti buah-buahan lain yang telah diciptakan di dunia ini. Namun Mama mesti pastikan ia diminum segar tanpa tambahan gula putih, itulah yang terbaik. Jika diminum banyak-banyak dan ditambah pula gula putih, memang akan mengundang masalah kesihatan yang lain.
Jumlah nutrisi bagi secawan air kelapa mengikut kajian ini adalah:
- Gula asli – 6.26g
- Kalsium – 19.2mg
- Serat – 2.6g
- Sodium – 252mg
- Karbohidrat – 8.9g
- Potassium – 600mg
Kebaikan Air Kelapa Buat Ibu Hamil
Di bawah ini Mama Siti kongsikan ya manfaat air kelapa buat ibu hamil. Ia memang ada mempunyai beberapa nutrient penting dan manfaat khas untuk kehamilan.
1. Hidrasi dan elektrolit
Air kelapa ni adalah 95% air asli maka ia sangat bagus untuk mengganti kehilangan air dalam badan. Ia mempunyai tahap elektrolit yang tinggi, termasuk potassium, sodium, kalsium dan magnesium.
Bagi Mama yang rendah mineral penting ini, air kelapa boleh menjadi pilihan yang sihat. Nutrien penting seperti potassium dan sodium membantu Mama yang kerap muntah atau morning sickness di awal kehamilan untuk mengekalkan hidrasi dan elektrolit badan. Ada juga testimoni, air kelapa membantu mengelakkan loya di awal kehamilan.
2. Menggantikan keinginan minum air manis
Oleh kerana air kelapa terutama air kelapa muda ini lebih berperisa secara semulajadi, jadi ia membantu ibu-ibu hamil yang teringin makan macam-macam untuk mendapatkan pilihan air berperisa yang lebih baik seperti air kelapa.
Selain dapat memenuhi craving, dapat juga manfaat nutrien baik di dalamnya untuk Mama dan bayi dalam kandungan. Contohnya, kandungan magnesium di dalamnya yang berguna untuk 300 jenis proses tumbesaran bayi.
3. Mengelakkan tekanan darah tinggi
Bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi semasa mengandung, air kelapa boleh membantu dengan kandungan potassium nya. Nutrien ini menyumbang untuk mengawal aliran darah dan tekanan darah. Satu kajian kecil mendapati bahawa minum air kelapa selama 2 minggu mengurangkan tekanan darah bagi 71 peratus peserta.
Air kelapa ini memang tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan untuk tekanan darah tinggi atau preeklampsia secara penuh, Mama. Pastikan sentiasa berbincang dengan doktor pakar sakit puan yang merawat Mama, tentang pilihan rawatan terbaik untuk keadaan ini.
4. Membantu masalah penghadaman
Air kelapa boleh membantu proses penghadaman terutama ketika hamil. Ia juga menguatkan sistem pencernaan, membantu mencegah sembelit, mengekalkan dan juga mengawal ph badan. Ini, seterusnya, meningkatkan metabolisma, jadi kuranglah berlaku masalah peningkatan berat badan mendadak ketika hamil.
Selain tu Mama, air kelapa ni dia bertindak sebagai neutralizer asid semulajadi, jadi ia melegakan dan menghalang berlakunya masalah pedih ulu hati semasa mengandung. Kalau Mama Siti kerap juga rasa sakit perut atau pedih sebu sewaktu hamil.
5. Mengurangkan masalah kejang kaki ketika hamil
Ibu-ibu hamil dah lalui banyak perubahan fizikal dan perkara ini sering menyebabkan berlaku sakit-sakit sendi dan otot. Air kelapa mempunyai kandungan magnesium yang baik, ia membantu dalam melegakan sistem saraf dan otot yang lenguh juga mudah kejang. Maka bolehla membantu Mama rasa lega sikit daripada sakit otot dan sendi.
Mitos Meminum Air Kelapa
Mama Siti kongsi sikitlah beberapa mitos tentang air kelapa yang Mama Siti biasa dengar sekitar kehamilan dan berkaitan bayi dalam rahim.
1. Minum air kelapa tambahkan air ketuban
Tiada kajian khas untuk air kelapa boleh menggantikan air ketuban yang hilang, tapi Mama mesti cukup minum air dalam seharian. Kurang minum air juga boleh menyebabkan bayi kurang bergerak.
2. Minum air kelapa cukup semua nutrisi
Tidaklah begitu, Mama. Tuhan jadikan setiapa sayur-sayuran dan buah-buahan di dunia ini diciptakan saling melengkapi dan berkadar mengikut musim. Tidaklah makan sejenis bahan sudah cukup menampung keperluan nutrisi ibu hamil. Kita mesti makan pelbagai jenis buah dan sayuran.
3. Minum air kelapa tebalkan rambut bayi
Ini juga adalah satu mitos kerana air kelapa tiada kaitan dengan pertumbuhan rambut. Ia berkaitan dengan hormon di dalam rahim ibu ketika bayi membesar. Walau bagaimanapun, rambut asal bayi ketika lahir akan perlahan-lahan luruh ketika 6 bulan pertama kehidupan.
4. Minum air kelapa akan membersihkan kepala bayi
Seringkali bayi lahir dengan kepala yang penuh dengan vernix, ada juga bayi lahir bersih. Ia tiada kaitan dengan amalan minum air kelapa. Ia adalah kerana bayi telah menghampiri 40 minggu kehamilan, lapisan vernix semakin diserap ke dalam kulit. Maka, bayi yang lahir awal, kemungkinan besar kepalanya akan lebih tebal lapisan vernix.
Bersederhana Adalah Kuncinya
Pesanan khas unuk semua ibu hamil, apa pun yang kita ambil semasa hamil pastikan secara sederhana dan tidak berlebihan. Sentiasa berbincang dengan mereka yang lebih tahu tentang maklumat pemakanan seperti pakar pemakanan dan sebagainya ya.