Penyanyi Indonesia, Yuni Shara mempunyai caranya yang tersendiri dalam mengajar anaknya berkenaan pendidikan seks. Dalam satu wawancara, Yuni mendedahkan dia menemani anak-anaknya menonton video pornografi sebagai satu bentuk pendidikan seks.
Yuni yang juga kakak kepada penyanyi Krisdayanti mendedahkan, dia tidak mahu menjadi ibu yang kolot dan mahu berfikiran terbuka tentang isu ini.
“Anak-anakku kebetulan anak-anak yang terbuka. Nggak mungkinlah ya anak-anak kita nggak nonton film porno, mau yang jenis anime atau jenis apapun segala macem, akan ada” ujar Yuni Shara.
Yuni turut mendedahkan kebiasannya dia akan bertanyakan soalan kepada anaknya, Cavin Obrient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaan adakah mereka suka akan video yang sedang ditonton. Namun, anak-anaknya kadang-kala berasa tidak selesa dengan soalan yang diaju.
“Jadi mendingan dari pada gini-gini mending kita jadi temen aja, ‘gimana nonton kayak gini, asik ya?’, ‘bunda jangan gini-gini’, ‘aduh biasa aja bro’, aku gitu,” ungkap Yuni Shara.
Tambah Yuni, pendidikan seks amat penting buat anaknya yang sedang meningkat dewasa. Dia turut meluahkan rasa risau kerana tidak dapat mengawasi atau menjaga anak-anakya pada setiap masa.
Apa pendapat anda tentang cara yang digunakan oleh Yuni Shara ini?
Baca Selanjutnya :
- ‘Pemalas Dan Nak Hidung Goyang Kaki Aja’-Individu Cadang Kerajaan Bagi Bantuan RM6K Sebulan Basmi Kemiskinan, Setuju Ke?
- JODOH : Pernah Kena Halau Sebab Tak Bayar Sewa, Kini Gadis Ini Sudah Jadi Isteri Sah Tuan Rumah Walau Jarak Usia …
- ZALIM! : Wanita Dirogol Bergilir 5 Lelaki Rakan Abang Ipar, Akui Masih Trauma Malah Siap Dirakam