Ajar anak kemahiran menulis nombor dan huruf.. Berikut ada 5 tips yang boleh diajarkan kepada anak-anak.
Gembiranya hati ibu bapa, apabila anak yang diasuh dari kecil sudah pandai menulis huruf dan nombor. Mengajar anak kemahiran tulisan tangan bukanlah perkara mudah.
Ramai dalam kalangan ibu bapa ingin memastikan si kecil sudah mahir menulis sebelum masuk alam persekolahan. Usaha yang tidak putus, kesabaran yang tinggi dan pelbagai idea kreatif digunakan untuk membantu mereka jadi mahir.
*PAKAR KONGSI 5 TIPS KEMAHIRAN TULISAN TANGAN*
Justeru itu, ikuti 5 tips dari pakar Occupational Therapist (OT) iaitu Puan Mahfuzah Zainol yang berkongsikan 5 tips mengajar kemahiran tulisan tangan menulis huruf dan nombor seperti di bawah.
Ini secara tak langsung, dapat membantu ibu bapa untuk belajar teknik kemahiran tulisan tangan yang betul dari pakar.
*TIPS MENGAJAR KEMAHIRAN TULISAN TANGAN (HURUF & NOMBOR)*
5 tips mengajar kemahiran tulisan tangan menulis huruf dan nombor
*1. MINI BLACK BOARD SAIZ 4R ATAU SEPARUH A4*
Guna mini black board bersaiz 4R, separuh A4 atau lebih kurang saiz itu untuk ajar tulis huruf besar dan nombor. Kenapa black board? Old schoolnya.
Sebenarnya, papan hitam adalah bukan kertas. Kita nak ajar tulis kepada kanak-kanak mesti mula dengan benda-benda berbentuk multi sensori.
Papan hitam ada unsur-unsur multi sensori ini, sebab itu ia menjadi pilihan ahli terapi!
*2. DOUBLE LINED BLACK BOARD*
Guna double lined black board untuk ajar tulis huruf kecil. Beli board saiz besar sikit, buat 2 garisan panjang dengan menggunakan correction pen atau liquid paper.
Nanti bila padam, garisan tu tidak terpadam sekali.
*3. GUNA KAPUR YANG DIPATAHKAN*
Guna kapur yang dipatahkan. Kenapa kena patah? Sebab kapur yang dipatahkan menggalakkan pegangan tripod grip.
Secara tidak langsung, mana-mana kanak-kanak yang masih ada palmar grip tu akan pegang secara tripod bila guna kapur yang patah pendek ni.
*4. AJAR TULIS HURUF & NOMBOR DARI ATAS KE BAWAH*
Ajar tulis huruf dan nombor mula dari atas ke bawah. Tekankan kepada starting point dari atas ke bawah. Semua tiang-tiang huruf mesti mula dari atas ke bawah! Kemudian kiri ke kanan.
Yang ini ada perinciannya, kena buat posting lain untuk lebih detail.
*5. AJAR TULIS HURUF & NOMBOR YANG PALING MUDAH DAHULU*
Mula ajar tulis huruf dan nombor dengan yang paling mudah dahulu. Bagi therapist kita apply grading technique. Bagi cikgu, kita guna pendekatan ansur maju. Bagi ibu bapa, kita guna konsep mudah kepada susah.
Maksudnya di sini, nak ajar tulis huruf bukan perlu mula dengan huruf A, boleh mula dengan huruf O atau L atau T atau mana-mana huruf yang mudah.
Sekian dahulu tips kali ini. Nantikan tips lain di masa akan datang.
BACA JUGA :
8 Pergerakan Untuk Bersenam Setiap Hari
Elakkan 10 cara ini ketika mendidik anak.. Agar anak tak keras hati kelak
Peminat Bento Sandwich boleh cuba.. Resepi mudah ini inspirasi dari Jepun