Akaun telegram Menteri Luar Negeri pula kena godam hacker

Akaun telegram Menteri Luar Negeri pula kena godam hacker. Akaun Telegram milik Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah malam ini digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, beberapa jam selepas perkara sama berlaku terhadap akaun Telegram peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Saifuddin yang memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter berkata, pihak yang menggodam akaunnya menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.

“Sesiapa yang menerima sebarang mesej daripada Telegram dinasihati abaikannya dan laporkan kepada pihak berkuasa,” menurut ciapan itu.

Petang tadi, Ismail Sabri memaklumkan akaun Telegram miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab, dan meminta orang ramai mengabaikan mesej daripada akaun berkenaan.

Akaun telegram Menteri Luar Negeri pula kena godam hacker

BACA JUGA :

Akaun telegram Perdana Menteri digodam

Pegawai polis kongsi cara elak whatsapp kena ‘hack’

Pemuda Perancis keliling dunia dengan motosikal, sampai Malaysia brek kena rembat