Seorang ibu muda di Florida ditahan polis selepas disyaki cuba membunuh anak lelakinya yang berusia tiga tahun dengan menggunakan khidmat seorang pembunuh upahan.
Suspek yang dikenali sebagai Jazmin Paez, 18, dikatakan telah menghubungi pemilik laman web rentahitman.com dan meminta seseorang untuk ‘menguruskan’ anaknya yang berusia tiga tahun.
Paez turut mengisi semua maklumat anaknya termasuk memberikan butiran nama samaran mangsa, Daphne.
Namun siapa sangka, rupa-rupanya laman sesawang rentahitman.com adalah palsu.
Menurut sumber, laman sesawang itu sengaja diwujudkan oleh seorang lelaki California bernama Bob Innes atau nama samarannya Guido Fanneli dalam usaha menangkap dan mengekang individu yang cuba mendapatkan khidmat pembunuh upahan.
Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan pihak berkuasa melakukan penyamaran dan bertemu dengan suspek yang bersetuju membayar AS$3,000 (RM13,565) untuk tugasan membunuh anaknya.
Detektif yang menyamar kemudian tiba di rumah suspek dan wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, suspek didakwa atas pertuduhan menuntut pembunuhan peringkat pertama namun dibebaskan selepas membayar bon AS$15,000 (kira-kira RM68,294).
Baca Selanjutnya :