Akhirnya buka MySejahtera bukan lagi kerana vaksin semata, boleh janji temu

Akhirnya buka MySejahtera bukan lagi kerana vaksin semata, boleh janji temu. Kementerian Kesihatan KKM memperluas penggunaan aplikasi MySejahtera untuk orang ramai membuat janji temu di hospital dan klinik kerajaan bagi mengelakkan kesesakan dan masa menunggu yang lama.

enterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata janji temu boleh dibuat melalui MySejahtera untuk 673 klinik kesihatan dan akan diperluas ke lebih banyak hospital dan klinik secara berperingkat.

“Sistem janji temu ini bertujuan membantu fasiliti kesihatan primer mengatur jadual perkhidmatan berdasarkan kapasiti masing-masing dan mengelakkan kesesakan di tempat pendaftaran dan menunggu,” katanya dalam kenyataan.

Zaliha berkata, janji temu boleh dibuat untuk rawatan pesakit luar, Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI), skim penjagaan kesihatan bagi kumpulan B40 (PeKa B40), dan lain-lain.

Katanya, janji temu pada 2023 untuk perkhidmatan ini boleh dibuat melalui MySejahtera mulai 28 Disember. Tarikh juga boleh diubah atau dibatalkan melalui aplikasi tersebut.

Bagaimanapun, untuk kes kecemasan, demam atau penyakit berjangkit, janji temu tidak perlu dibuat melalui MySejahtera, katanya.

Pada Isnin, Zaliha berkata, KKM telah mula merangka pelan untuk menyelesaikan isu kesesakan di jabatan kecemasan dan trauma bagi menambah baik perkhidmatan kepada rakyat.

BACA JUGA:

Mustapha, Ahli Parlimen Sepanggar mengorak langkah awal tumpu atasi pengangguran di Sabah

Tegas Veteran UMNO, tiada keperluan dua jawatan parti dipertandingkan

Cegah Virus Covid-19 melalui terapi antibodi Monoklonal

COMMENTS

Wordpress (0)