Akhirnya tembalang ustaz tido pecah, akui hanya sekolah agama biasa

Nama pendakwah dikenali sebagai Ustaz Tido kecoh diperkatakan selepas tular video menunjukkan beliau meminta pengikut membuka kamera ketika sesi mengaji.

Ustaz dikatakan mahu melihat pergerakan bibir baru boleh menilai sama ada bacaan individu tersebut betul atau salah.

Belum habis dengan isu tersebut, netizen mengkritik pula Ustaz Tido yang dikatakan berjoget dengan muzik rancak sebelum mengaji al-Quran.

Terbaru, beliau menerusi hantaran di TikTok mengaku tiada tauliah mengajar dan hanya belajar setakat sekolah agama biasa.

Saya tak layak digelar ustaz sebab saya tak ada tauliah dan tak mengaji agama tinggi sehingga menara gading.

Untuk panggilan ustaz pula, beliau akan menukar kepada Bro Tido je. Jelasnya lagi, beliau akan terus mengajar al-Quran dan berdakwah untuk para pengikut di media sosial.

Isu nak tengok bibir/mulut anak murid yg naik kotak..

Dalam pada itu, beliau akan berusaha untuk mendapatkan tauliah mengajar al-Quran. Untuk menjawab isu tengok bibir pula, Bro Tido ada memuat naik penjelasan bahawa tujuannya hanya untuk melihat makhraj huruf.

 

Baca : Wanita melayu ni cuba duduk dalam peti simpan mayat 5 minit, sampailah benda ini terjadi