Akhirnya terbongkar sifu marketing disebalik ‘aksi bodoh’ Kak Long
Akhirnya terbongkar sifu marketing disebalik ‘aksi bodoh’ Kak Long. Sejak akhir-akhir ini, Kak Long 7E terus menjadi sebutan dalam kalangan warganet.
Netizen bongkar sifu ‘marketing’ Kak Long
Konflik makin memuncak selepas tular sekeping foto apabila peniaga kosmetik itu dijemput oleh sebuah stesen TV Islamik sebagai tetamu jemputan dalam program mereka.
Tidak terhenti di situ, netizen membongkar pula taktik ‘marketing’ Kak Long selama ini sehingga dia tidak gentar walau dikecam hebat oleh banyak pihak di luar sana.
Menerusi hantaran @SaifulChan, rupanya wanita itu telah menyertai kelas ‘marketing’ yang dikendalikan oleh seorang sifu hebat di Facebook.
“Kecaman tak jatuhkan orang”
Dalam ‘posting’ individu terbabit pada 11 Mac lalu, dia meluahkan rasa bangga dengan kejayaan Kak Long apabila berjaya mencapai jumlah keuntungan luar biasa selepas 3 hari insiden di 7E tular.
Dalam kejayaan yang diperoleh, pastinya ada segelintir pihak tidak berkenan dengan caranya menaikkan nama dengan melakukan perkara mengundang kepada kecaman sahaja.
Terbaharu, video Kak Long 7E menjadi tular sekali lagi apabila dia didakwa memperlekehkan golongan OKU.
Dalam video tersebut, dia dilihat sakan meniru gaya jalan golongan itu sambil membuat mulut senget dan dengan selambanya ketawa seperti tiada perasaan.