Akhirnya Tun M buka cerita sebenar berkaitan Zahid

Oleh Admin

Akhirnya Tun M buka cerita sebenar berkaitan Zahid. Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyuarakan kerisauannya berhubung kes-kes jenayah yang dihadapi bekas timbalan perdana menteri itu di mahkamah ketika mereka mengadakan beberapa pertemuan.

Dr Mahathir, 96, dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada Selasa menerusi Tetuan Haidir & Co mendakwa, pertemuan sebanyak lima kali itu antara 7 Jun 2018 dan 25 Februari 2020 berlaku di beberapa lokasi iaitu kediamannya di Mines Resort City, Seri Kembangan, Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya dan Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra.

“Sepanjang tempoh Ahmad Zahid berjumpa dengan saya, plaintif (Ahmad Zahid) sememangnya telah menyuarakan kepada saya berkenaan kes-kes jenayah yang sedang dihadapinya.

“Memandangkan saya ketika itu (sepanjang 2018 dan 2020) masih memegang kedudukan sebagai Perdana Menteri dan Perdana Menteri Interim, Ahmad Zahid sememangnya telah mengambil peluang untuk berbaik-baik dengan saya memandangkan pada ketika itu kes-kes jenayah yang dihadapi Ahmad Zahid mampu membahayakan kerjaya politiknya.

“Maka, semestinya itu yang menjadi kerisauan plaintif pada ketika itu dan ia disuarakan kepada saya,” dakwa Dr Mahathir dalam pernyataan pembelaan bagi menjawab saman difailkan Ahmad Zahid terhadapnya.

Akhirnya Tun M buka cerita sebenar berkaitan Zahid

Dr Mahathir mendakwa Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah mendedahkan melalui akaun Facebooknya bahawa plaintif sendiri telah memintanya (Khairuddin) untuk mengaturkan pertemuan dengan bekas perdana menteri itu.

“Saya mengatakan mana-mana individu yang waras akal fikiran dan mempunyai kemampuan intelek untuk berfikir secara munasabahnya dapat melihat bahawa Ahmad Zahid seorang ahli politik yang sedang menghadapi masalah kes-kes jenayah telah pergi berjumpa dengan saya, yang ketika itu memegang jawatan berautoriti, semestinya bertujuan membuat percubaan untuk menyelesaikan kes-kes jenayah dihadapinya,” dakwa Dr Mahathir.

Dakwa Dr Mahathir, adalah logik untuk diperkatakan bahawa Ahmad Zahid telah datang dan bertemu dengannya selepas beliau menjadi Perdana Menteri dan Ahmad Zahid mempunyai perancangan untuk cuba membersihkan semula nama baiknya yang telah lama tercemar kerana kes jenayah berkenaan.

“Saya tidak mempunyai sebarang niat jahat terhadap Ahmad Zahid dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau pengaruh di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah berhubung kes-kes jenayah yang dihadapi Ahmad Zahid,” dakwa Dr Mahathir.

BACA

Ini jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara cawangan Selangor, mohon sekarang

Punca Afifi letak jawatan terbongkar…

Ini punca mengapa isteri minta cerai dari suami yang terlalu rajin