Baru-baru ini, Datin Vivy Yusof, seorang usahawan yang terkenal dengan kecantikannya, menggunakan Instagram Story untuk berkongsi satu hantaran, mengungkapkan bahawa suaminya, Datuk Fadza Anuar, telah menukar dompet mewahnya.
Dalam hantaran tersebut, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, mendedahkan bahawa Fadza membuat keputusan untuk menukar dompetnya kerana jenama tersebut dikatakan menyokong tindakan Zionis.
Vivy turut meluahkan rasa bangganya terhadap Fadza kerana sanggup membuat keputusan sedemikian.
“Dia telah ucapkan selamat tinggal pada dompet LVnya kerana dia tidak lagi menyokong,” katanya sambil mengekspresikan rasa bangga terhadap suaminya.
Selain itu, usahawan berusia 36 tahun itu juga menunjukkan sokongannya terhadap negara Palestin yang sedang menghadapi kesusahan.
Vivy, yang juga ibu kepada empat cahaya mata, menggunakan platform sosialnya untuk menyebarkan kesedaran mengenai jenama mewah tersebut yang dikatakan banyak membantu tindakan Zionis.
Dia dengan tegas menyatakan bahawa dia dan keluarganya bersungguh-sungguh untuk tidak menyokong mana-mana jenama yang terlibat dengan Zionis.
“Mari kita menyokong kemanusiaan. Saya berusaha sedaya upaya untuk tidak menyokong jenama-jenama yang mempunyai kaitan dengan Zionis yang terlibat dalam pembunuhan rakyat Palestin,” ujarnya.
Baca Juga : Biar betul Datuk Rosyam cadang ni, pusat pelacuran untuk warga asing kenapa…