Akibat letupan kuat, 17 orang terbunuh dan 70 orang cedera. Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan 70 yang lain cedera selepas letupan kuat berlaku di sebuah masjid di bandar Peshawar barat laut Pakistan pada Isnin, menurut pegawai polis dan hospital.
Jurucakap Hospital Lady Reading di Peshawar wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Mohammad Asim berkata, mangsa yang cedera termasuk anggota polis dan kini dirawat di kemudahan perubatan, lebih 15 mangsa berada dalam keadaan kritikal, menurut laporan.
Menurut pegawai polis di Peshawar, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca letupan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas siasatan selesai.
Saksi memberitahu bahawa ia adalah serangan pengebom bunuh diri ketika jemaah sedang menunaikan solat asar.
Sebahagian daripada struktur masjid itu turut runtuh dan beberapa orang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan. Polis masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Berikutan letupan itu, pasukan polis mengepung kawasan itu dan melancarkan siasatan.
Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.
BACA JUGA:
5 Tips yang Dapat Membantu Ibu Bapa Agar Anak Rajin Belajar
SABAH: Tanah runtuh, jalan Ranau ke Sandakan tak boleh dilalui
12 pelajar tahfiz ditahan, pukul lelaki kurang siuman sampai mati