Akibat terlampau miskin, budak 3 tahun ketagih makan pasir campur simen

Akibat terlampau miskin, budak 3 tahun ketagih makan pasir campur simen

Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun di Kota Tegal, Indonesia mempunyai tabiat pelik iaitu suka memakan tanah, pasir dan campuran simen, lapor Suara.com semalam.

Kanak-kanak bernama Vero Fernando itu mula memakan tanah sejak berusia setahun setengah ketika bermain di kawasan pembinaan di hadap rumahnya.

Ibunya, Umrotun Khasanah berkata, dia sudah berkali-kali melarang Vero supaya tidak memakan tanah, namun tidak berjaya.

Vero (atas riba) bersama bapanya, Carmo dan ibu, Umrotun Khasanah.

“Saya sudah penat melarang Vero memakan tanah dan pasir, namun tidak berhasil.

“Dia memberitahu rasa tanah itu sedap dan menyukainya. Kalau dimarahi, dia akan menangis dengan teruk,” jelas Umrotun.

Tambahnya, dia sendiri tidak tahu mengapa anaknya boleh mempunyai tabiat makan tanah tetapi mengakui jarang membelikan makanan ringan buat Vero kerana kesempitan hidup.

“Kami orang miskin, makan hanya dua kali sehari itupun jika ada jiran yang memberi lauk,” kata Umrotun.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/12/budak-miskin-tiga-3-tahun-suka-makan-tanah/

BACA JUGA :
Jeff Bezos suntik dana untuk projek ‘Hidup Abadi’
Polis tiba-tiba buka dompet selepas tahan warga emas kutip barang lusuh..
Selepas kecoh isu VIP ‘booking’ solat Jumaat, SOP baru bakal dilaksanakan di masjid & surau

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )