Aksi ‘komando’ adik ini turun van sekolah buat ramai pecah perut. Dah selalu sangat kita dengar kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, ataupun bak kata pepatah Melayu `bapak borek anak rintik’.
Di mana menggambarkan sikap seseorang anak boleh diwarisi atau diikuti dari orang tua mereka sendiri yang dilihat hari-hari. Situasi samalah dapat menggambarkan aksi seorang kanak-kanak ini yang sempat tular.
Nikmat saja apa yang ada…Hidup ni sekali je ka ni. Menerusi perkongsian video di Tlk Tok amirazuadialiff, pemuda tersebut sempat merakam aksi ketika anak buahnya Baru pulang dari sekolah dengan menaiki van.
Dalam klip tersebut, dua kanak-kanak kelihatan barn sahaja dihantar selepas habis sesi. Walau bagaimanapun, aksi salah seorang daripadanya cukup mencurl perhatian.
Selamba menyusup masuk ikut lubang kecil tepi pagar yang koyak.
Mana taknya, sebelum turun dari van sempat lagi si kecil tersebut mencampak begnya terlebih dahulu sebelum melompat keluar.
Aksi yang dilakukan seolah-olah satu rutin harian buatnya. Malah tak cukup dengan itu, kanak-kanak berkenaan dengan selamba sahaja menyusup masuk melalui lubang kecil di tepi pagar yang sudah koyak sebagai jalan pintas.
Dia ingat lompat dari helikopter kot campak beg dulu…Sempoi betul budak ni, ingat beg kena buang dengan driver.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen pada awalnya menyangka bakal terjadi sesuatu yang buruk.
Namun telahan mereka ternyata salah apabila budak perempuan tersebut ternyata lebih ‘pro’ berbanding orang dewasa lain. Rupa-rupanya, ibu dan juga bapa kepada si kecil tersebut bertugas sebagai askar.
Vldeo: https://vt.tiktok.com/ZSdQ6ghcH/?k=1
Sumber : pnews
BACA: Kerajaan Russia anggap bakar quran di negara itu satu jenayah besar