Aksi mesra pasangan singa di Zoo Negara buat yang single tengok cemburu

Baru-baru ini, pihak Zoo Negara menerusi TikTok telah berkongsikan gelagat pasangan singa di zoo tersebut yang menyebabkan ramai warganet terutamanya yang masih solo agak jealous.

Dalam video perkongsian itu, Zoo Negara telah menunjukkan gelagat singa jantan dan singa betina yang dinamakan Manja Lee dan Manja Rose yang meluangkan masa bersama di dalam kandang mereka.

Dalam video tersebut, dapat dilihat kedua-dua haiwan itu minum air bersama.\

Manja Rose juga dilihat membantu Manja Lee membersihkan badannya.

Kapsyen pada video singa itu juga membuatkan ramai orang single terasa sendu.

Even the white lion have a better love story than you,” tulis kapsyen dalam video tersebut.

Rata-rata warganet bergurau dengan mengatakan sampai hati zoo negara mengusik orang single seperti mereka.

Baca : Kolej Swasta kena bayar RM1.4 Juta kepada pensyarah