SEORANG lelaki berusia 21 tahun ditahan selepas dipercayai merogol adik kandungnya sendiri sehingga hamil.
Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan, gadis berusia 16 tahun itu didapati hamil tiga kali.
Menurut Ketua Polis Rejang Lebong, Asisten Komisioner Sinar Simanjuntak, suspek telah ditahan polis susulan mendapat laporan tentang aktiviti sumbang mahram berkenaan.
Suspek ditahan selepas adiknya membuat pemeriksaan kesihatan.
Ia berikutan, mangsa membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan sebelum dilaporkan mengalami keguguran.
Terkejut dengan laporan yang diberikan, kedua-dua orangnya mengajukan persoalan tentang kejadian tersebut dan mangsa mengakui ia dilakukan oleh abangnya sendiri.
Tambah Sinar, mangsa telah hamil sebanyak tiga kali yang mana kehamilan pertama dan ketiga telah mengalami keguguran manakala kehamilan kedua mempunyai anak lelaki pada 2022.
Hasil soal siasat mendapati suspek telah merogol mangsa sejak 2021 ketika usianya 14 tahun.
Baca juga: Bawak periuk datang buka puasa, netizen puji “Inilah lelaki sebenar!”