Hancur hati wanita ini apabila bahtera perkahwinan yang dilayari selama 14 tahun musnah sekelip mata angkara orang ketiga.
Memburukkan keadaan, ‘penyondol’ yang merampas kebahagiaan wanita itu bukanlah gadis jelita yang lebih muda, tetapi seorang warga emas!
Wanita yang dikenali sebagai Layla itu mula menghidu hubungan sulit suaminya saat menemui perbualan mesra di aplikasi Whatsapp.
Kecewanya bukan kepalang, Layla kemudian ‘menyerang’ kekasih suaminya itu ditemani abang dan seorang anggota polis.
Ingin mengetahui keadaan sebenar, Layla dengan tegas menyoal siasat warga emas berkenaan mengenai status hubungan mereka.
Mulanya enggan mengakui bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan, nenek itu akhirnya membuka suara selepas didesak beberapa kali.
Betapa kecewanya hati Layla saat nenek itu mengakui bahawa sebenarnya mereka sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia selama 16 bulan.
Menerusi video yang ditularkan di akaun TikTok wanita itu, kejadian itu difahamkan berlaku di negara seberang tepatnya di Indonesia.
“Aku tak redha dunia akhirat dengan apa kau buat dekat aku,” kata Layla kepada suaminya yang hanya duduk diam seribu bahasa di samping nenek itu.
Mengakui dirinya hairan dengan ‘taste’ suaminya, Layla yang mempunyai dua orang anak itu kini telah berpisah dengan lelaki durjana itu.
Baca juga: Langit di Dubai bertukar hijau, tanda kiamat besar ke ni?