‘Aku tidak redha denga perbuatan mereka yang menganiaya aku dan anak-anak ku Ya Allah’

Suzur Sofia, bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara Datuk Zainal Abidin, mengungkapkan perasaan sedihnya ketika memikirkan anak-anaknya.

Melalui video yang dikongsikan di TikTok, Sofia menunjukkan beberapa gambar anak sulungnya ketika mereka masih kecil dan aktif di sekolah. Dalam klip yang sama, dia terlihat memeluk erat kedua-dua anaknya sambil berlinang air mata.

“Sudah besar anak-anak mommy. Rasanya baru sahaja mommy melahirkan korang. Zayne, mommy masih ingat hari pertama masuk playschool dan sekarang sudah memasuki sekolah rendah,” ujarnya dengan penuh rasa nostalgia.

'Aku tidak redha denga perbuatan mereka yang menganiaya aku dan anak-anak ku Ya Allah'

Dia juga menyampaikan doa-doa untuk keselamatan mereka serta berharap agar segala yang cuba memisahkan dia dan anak-anaknya mendapat hidayah dan pengajaran.

“Saya redha dengan segala yang berlaku tetapi saya tidak redha dengan perbuatan mereka yang menganiaya saya dan anak-anak saya,” katanya dengan penuh kesedihan. Sofia juga mengucap syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan, serta menghargai bantuan dari insan-insan yang sentiasa ada dalam kesulitannya.

“Saya bersyukur kepada Allah, walaupun melalui berbagai dugaan, Dia memberikan saya banyak peluang dan rezeki yang luas. Saya berdoa agar mereka yang berdoa baik-baik kepada saya diberi kelancaran, dan doa yang sama kembali kepada mereka, baik atau buruk,” tambahnya dengan penuh rasa bersyukur.

Sebelum ini, Sofia dan Mohd Zaiza bercerai secara talak satu pada 14 Jun yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Pasangan tersebut telah berkahwin pada 15 Januari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana, 2.

Baca Juga : PANAS! Pelancong Rusia Mengamuk Dan Berbogel Depan Kedai