Alami bengkak susu, ini penjelasan peguam kewajaran polis tahan reman wanita ini

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Alami bengkak susu, ini penjelasan peguam kewajaran polis tahan reman wanita ini saya doakan juga pembaca-pembaca dilindungi. susu cair ikan susu semperit susu susu kambing bengkak susu [/bg_collapse]

 

Saya ada terlihat satu video di Tik Tok, seorang wanita ditangkap dan direman selama 3 hari atas tuduhan merompak secara berkumpulan.

Kata wanita itu, dia terpaksa tinggalkan anak-anak kecil dan bayi yang berusia 1 tahun, sehingga dia bengkak susu. Selama 3 hari dia direman, dia tidak dapat berjumpa dengan anak-anaknya.

Akhirnya pada hari ketiga, dia dilepaskan, dan kes diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA).

Gambar Hiasan

Ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak polis tersebut. Kata mereka, tindakan itu kejam dan sepatutnya perkara tersebut tidak boleh berlaku kerana pihak Polis tak seharusnya menangkap ‘innocent person’.

Percaya atau tidak, itulah realiti sebenar yang amat kerap berlaku. Akak Dhalia ini, merupakan salah satu daripada ribuan orang yang pernah ditangkap dan direman berhari-hari walaupun tidak bersalah.

Persoalannya, boleh ke Polis buat macam ni?

Jawapannya, boleh.

Itu merupakan kuasa yang diberikan kepada pihak Polis untuk menyiasat seseorang.

Polis mempunyai kuasa untok menahan seseorang selama 24 jam bagi menjalankan siasatan. Kalau siasatan masih tak selesai, mereka perlu memohon tambahan hari daripada Majistret pada keesokan harinya.

Tambahan hari ini kita panggil sebagai ‘reman’. Reman ini boleh dijalankan sehingga 14 hari sahaja. Jika lebih daripada itu, pihak Polis tak boleh tahan lagi, dan orang itu akan dilepaskan dengan jaminan Polis.

Majistret ada kuasa untok bagi berapa lama tempoh suspek itu boleh direman. Beliau juga ada kuasa untok tidak membenarkan reman itu.

Waktu inilah Peguam mainkan peranan. Mereka akan ke Mahkamah bagi tidak membenarkan suspek direman. Masalahnya kalau Peguam buat benda ni, orang kata Peguam backup penjenayah.

Boleh tak kita saman Polis sebab menahan ‘innocent person’ macam Akak Dhalia ini?

Alami bengkak susu, ini penjelasan peguam kewajaran polis tahan reman wanita ini

Gambar Hiasan

Jawapannya, tidak boleh. Kita tak boleh saman Polis tersebut hanya disebabkan kita tak bersalah.

Sebab, kuasa nak tahan reman ini terang-terang merupakan kuasa mutlak Majistret. Pihak Polis sudah pasti sudah memberikan justifikasi mereka untok menahan sehingga 3 hari. Kuasa mereka diperuntukkan dalam Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kita hanya boleh saman pihak Polis jika penahanan itu dibuat tidak mengikut prosedur yang dibenarkan undang-undang.

Contohnya, ditahan melebihi waktu yang dibenarkan atau tidak diberitahu tentang pertuduhan ketika ditangkap. Ini kita panggil ia sebagai habeas corpus iaitu penangkapan yang tidak sah.

Alasan ‘tak bersalah’, bukanlah satu alasan yang boleh diterima.

Sebab, pihak Polis berhak untok siasat seseorang itu sekiranya mereka mendapat laporan atau mereka mendapati beliau terlibat dalam satu-satu jenayah dalam siasatan awal.

Tempoh reman ini adalah tempoh untok pihak Polis kumpul bukti dan ambil keterangan. Macam mana Polis nak tahu dia salah atau tidak kalau mereka tidak diberikan masa untok siasat?

Jadi, ya. Inilah realiti yang amat pahit untok ditelan.

Ramai sangat-sangat orang yang ditahan sebegini. Yang terpaksa tinggalkan anak isteri berhari-hari. Yang menanggung rugi sebab tak dapat cari pendapatan. Yang terpaksa tinggalkan kerja. Yang terpaksa tinggalkan rawatan di hospital. Yang terpaksa menangguhkan segala jenis hal.

Semuanya disebabkan mereka direman berhari-hari. Segala kerugian yang ditanggung pula, tidak akan diberikan apa-apa gantirugi.

Bagi pihak Peguam, hal ini sangat meruntun hati. Peguam-Peguam yang dilantik atau Peguam daripada YBGK bertungkus-lumus membantu suspek terutamanya ‘innocent people’ ini untok dilepaskan secepat mungkin.

Kita tersepit. Kalau kuasa ini ditarik, macam mana pula kalau pihak Polis nak siasat penjenayah sebenar? Kalau penjenayah sebenar itu dilepaskan sesuka hati, macam mana kalau dia lari?

Saya bersimpati dengan mangsa-mangsa keadaan yang terpaksa berhadapan dengan realiti pahit ini. Doa saya agar Tuhan lindungi diri saya dan keluarga daripada menghadapi perkara sebegini. Juga saya doakan juga pembaca-pembaca dilindungi.

Baca:

Beberapa ekor ular selamba “melepak” di bilik laundry wanita ini

Ini respon Nedim bila isterinya mengidam nak anak perempuan, teruja netizen…

Dulu pernah jadi ratu cantik, kini pemandu treler 44 tan