Alasan makan sate dalam kereta, wanita kantoi dicekup berkhalwat

Alasan makan sate dalam kereta, wanita kantoi dicekup berkhalwat. Wanita yang dicekup berkhalwat dengan suami orang memberi alasan hanya makan sate dalam Toyota Vios yang diparkir di hadapan sebuah rumah di Taman Keladi, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) yang melakukan rondaan di kawasan itu lebih dua jam sebelum pasangan itu dicekup jam 10.40 malam.

Pegawai Agama Daerah Kulim, Syeikh Muhammad Suhaimi Saleh berkata, terdahulu anggotanya melakukan rondaan dan ternampak kereta diparkir di kawasan gelap di situ.

Katanya, rondaan dilakukan berikutan maklumat awam yang diterima memaklumkan pasangan itu sering dilihat berdua-duaan di dalam kereta.

“Pasangan itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa PADK dan pemeriksaan juga mendapati cermin tingkap seluruh kenderaan itu dipasang pelindung cahaya.

Alasan makan sate dalam kereta, wanita kantoi dicekup berkhalwat

“Pasangan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen membuktikan mereka suami isteri atau mahram menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Suhaimi berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 52 tahun dan masih berstatus suami orang itu mempunyai tiga anak dan bekerja di sebuah syarikat utiliti di daerah ini.

Katanya, wanita berusia 26 tahun itu pula baru bekerja di syarikat sama pada Februari lalu dan masih belum berkahwin.

Beliau berkata, pasangan itu memberi alasan tidak buat apa-apa cuma makan sate ketika berdua-duaan dalam kereta berkenaan.

“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk tindakan lanjut.

“Lelaki itu dipercayai menetap di daerah ini manakala wanita itu pula berasal dari Sungai Petani dan menetap di rumah sewa di sini,” katanya.

Muhamad Suhaimi berkata, kes disiasat mengikut Sksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, berdua-duaan di tempat gelap yang boleh menimbulkan syak kepada orang ramai adalah kesalahan berkhalwat.

Komen Orang Ramai

Betula tu makan sate… tapi takde lidi sate tu… tu yang kantoinya… selalu sate ada penyucuk yang dye makan xde penyucuk hanat betula.

Tengok orang tua tu pakai kereta apa..? Setakat BLM, myvi tak pandang. Makan tak main la kedai mamak atau gerai tepi jalan. Makan dalam kereta baru nampak romantik dan lebih privacy.

BACA:

Wanita dedah ditawar jadi isteri Menteri, ganjaran RM1 juta dan Rolls Royce

Netizen menangis dengar kisah Nik Ezanee bantu lepaskan pencuri

Tak kemas meja lepas makan bakal dikompaun RM900