Aisyah Hijanah, seorang pempengaruh media sosial, melahirkan rasa syukur kerana proses pembahagian harta sepencarian bersama suaminya, Alif Teega, telah selesai dibicarakan. Aisyah atau nama penuhnya, Aisyah Hijanah Azhari, 29, mengungkapkan bahawa syarikat Hijanah, yang mereka usahakan bersama suaminya, kini telah sepenuhnya menjadi miliknya.
“Hari ini (Isnin), kita baru sahaja menyelesaikan perbicaraan untuk kes harta sepencarian yang telah kita persetujui sebelum ini. Hari ini, semua sudah selesai dan disahkan oleh hakim.
Syarikat Hijanah sebelum ini kita uruskan bersama, tetapi Alhamdulillah Alif telah menyerahkan sepenuhnya atas nama saya,” katanya selepas menyelesaikan prosedur pembahagian harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Isnin.
Sementara itu, Alif menegaskan bahawa pemberian syarikat tersebut bukanlah menunjukkan kecenderungan isterinya yang tamak, tetapi merupakan pemberian yang selayaknya diberikan kepada Aisyah.
“Apa yang kita lakukan hari ini bukan menunjukkan bahawa isteri saya tamak, ingin menguasai segalanya. Selayaknya Aisyah mendapat sepenuhnya harta ini. Ini sepatutnya dilakukan sebelum poligami. Isteri mempunyai hak untuk meminta apa yang dia inginkan,” jelasnya.
Mengenai pembahagian harta untuk isteri kedua yang dikenali sebagai Fatin, Alif menegaskan bahawa Fatin juga mempunyai bahagian tersendiri.
“Rezeki dia (Fatin) ada. Tidak semestinya kita memberikan semuanya kepada Aisyah dan Fatin tidak mendapat apa-apa. Aisyah akan mendapat apa yang selayaknya dia dapat. Yang diusahakan ini, yang kedua tidak seharusnya merasa. Biarlah Aisyah yang menguruskan. Dia (Fatin) akan mendapat rezekinya,” jelas Alif.
Sebelum ini, Aisyah telah mendedahkan bahawa segala harta sepencarian bersama suaminya telah dipindah milik sepenuhnya kepada dirinya, termasuklah pegangan perniagaan tudung, rumah, kereta, dan aset-aset lain.
Baca Juga : Sedap sampai menjilat jari, ini resepi Gulai Kunyit Telur Ayam