[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Tags” ]Aliff Syukri sudah berubah, ramai puji sikap terkini beliau. Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, 36, yang dulunya kerap melakukan kontroversi kini dilihat semakin rileks dan sudah jar.ang membuat isu panas. Aliff, syukri, aliff syukri, sudah berubah, ramai puji, puji, puji sikap, Usahawan kosmetik sensasi, Usahawan, Kosmetik, sensasi, usahawan kosmetik Malaysia, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Seri Aliff, dato aliff syukri, aliff syukri net worth, datuk aliff syukri, kucing aliff syukri, aliff syukri tiktok, aliff syukri dan keluarga, aliff syukri humble, aliff syukri house, aliff syukri cerai, aliff syukri resort, aliff syukri wife, aliff syukri education, aliff syukri homestay, aliff syukri ig.[/bg_collapse]
Aliff Syukri sudah berubah, ramai puji sikap terkini beliau. Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, 36, yang dulunya kerap melakukan kontroversi kini dilihat semakin rileks dan sudah jar.ang membuat isu panas.
Aliff akui kini sudah mula memperl.ahankan rentak di media sosial supaya kehadirannya dilihat lebih matang dan dikenali sebagai usahawan berjaya. Tambahnya lagi, beliau sudah malu membuat perkara-perkara sensasi seperti dahulu memandangkan anaknya kini sudah meningkat remaja.
“Anak-anak pun dah semakin membesar, dah jadi anak bujang dan anak dara. Saya dan isteri menjadi saksi betapa sukarnya nak membesarkan mereka dan kami pun dah tak boleh nak marah-marah sebab takut mereka memberontak, jadi dari situ kami sedar.
“Saya nak jaga reputasi saya sebagai bapa. Saya mahu hubungan perkahwinan saya dan isteri berkekalan. Saya nak rasa dihormati oleh isteri, anak-anak dan masyarakat,” katanya.
Namun baru-baru ini dalam satu perkongsian video di aplikasi TikTok, Aliff Syukri dilihat mengeluh kerana rumahnya terlalu besar dan orang di dalam rumahnya sukar mendengar apabila di panggil.
Jesteru, perkongsian itu menarik perhatian netizen dan ramai yang tertanya-tanya sebesar manakah rumah usahawan itu sehingga sukar untuk berinteraksi dengan ahli keluarga yang berada di ruangan lain.
Menjawab persoalan netizen itu, Aliff telah berkongsi beberapa rakaman video tentang ruangan di dalam rumahnya serta menunjukkan ruang bilik airnya yang sangat luas dan cantik.
Salah satu video yang turut menarik perhatian ramai adalah rakaman yang dibuat pembantu peribadinya (PA) yang memaparkan ruangan makan harian keluarga Aliff Syukri jika tidak ada tetamu.
Rupa-rupanya, meja makan yang digunakan untuk makan sehari-hari sama seperti orang kebanyakkan dan Aliff juga terlihat humble memakan lauk-lauk kampung seperti ikan goreng dan jering.
Ramai yang memuji perwatakan terkini Aliff yang dilihat lebih rileks, sempoi dan matang berbanding dahulu ketika bercerita mengenai ruangan di rumahnya.
Netizen juga berharap agar Aliff dapat istiqomah dengan sifat sebegini di masa hadapan kerana tidak membuatkan orang ramai meluat dengan cerita-cerita sensasi yang tiada kesudahan seperti sebelum ini.
Dalam perkongsian lain, Aliff juga berkongsi dua tip untuk menjadi kaya iaitu berniaga atau berkahwin dengan orang kaya.
Jadi, Aliff tanya, korang pilih yang mana? – CARI
Baca:
Gempar kehadiran bungkusan seperti mayat, polis tampil buat penjelasan
Tak nak ambil booster tapi melepak merata, ini teguran pedas Elfira Loy
Ubi kentang keluar tunas bahaya untuk dimakan, ini puncanya..