Alza wajah baru dibuka untuk tempahan, harga bermula RM62k

Alza wajah baru dibuka untuk tempahan, harga bermula RM62k

Alza wajah baru dibuka untuk tempahan, harga bermula RM62k. Akhirnya, setelah sekian lama Perodua akhirnya membuka tempahan bagi model MPV baharu Perodua Alza 2022.
Serentak dengan itu, pengeluar automotif Rawang itu turut mendedahkan serba sedikit informasi penting berkenaan model pengganti Alza generasi pertama yang sudah terlalu berusia itu.

1. Nama Alza masih lagi dikekalkan.

2. Alza 2022 dilengkapi dengan enjin 1.5 liter 2NR-VE yang dipadankan dengan transmisi D-CVT, dengan bacaan penggunaan bahan api 22.0 km/liter (4.5 liter/100 km).

3. Alza 2022 bakal didatangkan dengan ciri brek parkir elektronik (EPB) dan sistem kamera keliling 360 darjah, ciri pertama yang wujud pada sebuah Perodua.

4. Terdapat tiga varian ditawarkan, iaitu X, H dan AV.

Alza wajah baru dibuka untuk tempahan, harga bermula RM62k

5. Varian asas mendapat ciri seperti lampu LED dengan fungsi follow-me-home, cermin sisi boleh laras berkuasa elektrik (lipatan manual), tempat duduk fabrik, sistem pendingin hawa digital, enam beg udara, ABS, EBD, VSC, kelengkapan A.S.A, Amaran Keluar Lorong dan Pengelakan Keluar Lorong, serta Bantuan Suluhan Tinggi Automatik (AHB).

6. Varian pertengahan (H) pula mendapat tambahan mod pemanduan (Eco, Normal, Power), lampu LED adaptif dengan lampu membelok jenis sekuential, cermin sisi boleh lipat automatik, skrin paparan TFT 7.0 inci, skrin tengah 9.0 inci dengan kamera undur, dan penderia parkir depan.

7. Varian AV pula mendapat kelengkapan eksklusif seperti tempat duduk kulit separa dua tona, brek parkir elektronik (EPB) dengan ciri Brake Hold, kamera 360 darjah, serta tambahan ciri keselamatan Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Pengekalan Lorong, Sistem Pemantauan Titik Buta, dan Amaran Lintasan Trafik Belakang.

8. Terdapat lima warna pilihan iaitu Vintage Brown, Garnet Red, Elegant Black, Glittering Silver dan Ivory White.

9. Harga jualan anggaran bermula dari RM62,000 (1.5L X), RM68,000 (1.5L H) dan RM75,000 (1.5L AV), harga yang disebut itu tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

BACA:

Dituduh scammer, akhirnya Dr Azra tampil bersuara

Krisis ekonomi bakal berlaku tahun hadapan, ini fakta yang anda perlu tahu

Muat naik gambar dipangku Awie, ramai terkejut pendedahan gadis ini

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Alza wajah baru dibuka untuk tempahan, harga bermula RM62k […]