AMANAH gesa semua pemimpin parti ke meja rundingan, elak darurat diisytiharkan

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub menggesa semua pemimpin pembangkang duduk berbincang bagi mengelak pengisytiharan darurat.

Salahuddin menjelaskan pemimpin pembangkang seharusnya berbincang dengan kadar segera agar boleh mengemukakan pelbagai pandangan konstruktif untuk menyelamatkan negara dari pengisytiharan darurat.

“Saya percaya bahawa Pakatan Harapan pasti boleh berperanan dalam mengemukakan cadangan yang bersesuaian kepada pihak kerajaan agar pengisytiharan darurat ini boleh dielakkan.

“Ingin saya tekankan di sini bahawa pengisytiharan darurat ini harus dielakkan kerana kesannya terlalu besar kepada pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial dan politik,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Sebelum ini, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa semua pemimpin politik agar mengetepikan perbezaan dan bekerja bersama-sama untuk mengatasi cabaran terbesar yang sedang kita hadapi, dan mengutamakan Raja, negara dan rakyat di atas semua masalah lain.

Dalam satu kenyataan, bekas ketua menteri Sabah itu menegaskan, darurat bukan pilihan untuk negara ini sebaliknya perpaduan merupakan penyelesaiannya ketika berdepan detik sukar ini.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/semua-pemimpin-pembangkang-perlu-bincang-elak-darurat-salahuddin-ayub-265216

COMMENTS

Wordpress (0)